Tuesday, May 31, 2011

Menuju Wawasan - Unique

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah


Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam


Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh


Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat


Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'
Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari


Umat Islam harus cemerlang hari ini
Umat Islam sentiasa boleh


Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia






*** Umat Islam akhir zaman dijanjikan dengan pelbagai ganjaran oleh Allah SWT, tetapi mengapa agaknya umat Islam hari ini memandang sebelah mata akan hadiah pemberian Allah ini?

Sunday, May 01, 2011

Apabila Dosa Sudah Menjadi Budaya!

Apabila sesuatu pekerjaan dilakukan berulang kali, ia menjadi tabiat sehingga tabiat menjadi suatu kebiasaan.Kecenderungan ke arah sesuatu yang maksiat adalah lagi mudah jalannya. Namun begitu, sebenarnya, untuk melakukan kebaikan pula lagilah mudah. Tetapi, lumrah manusia, di dalam ingin menikmati kesempurnaan, yang hina itulah yang menyeronokkan dan dicari. Oleh sebab itulah, manusia dibekalkan hati untuk diisikan dengan iman. Melalui iman itulah dihiasi pula dengan taqwa. Ianya bertindak sebagai defensif dan menyalurkannya kepada akal untuk bertindak. 


FUNGSI ILMU MEMPENGARUHI IMAN
Manusia yang memiliki iman dan taqwa sahajalah yang boleh merasai nikmat kebaikan itu. Iman dan taqwa yang mampu membimbing manusia mengenali apakah itu dosa dan apakah pahala. Sungguhpun begitu, iman dan taqwa tidak boleh dimiliki jika tiada ilmu. Oleh sebab itu, penawar segala dosa ialah ilmu. Setujukah anda? Fikirkanlah. 

Apabila zina, arak dan dadah bukan menjadi suatu dosa rahsia peribadi. Sebaliknya ianya dijadikan pula suatu pesta dan budaya. Sekarang mari kita fikirkan. Adakah usaha kita membina modal insan telah berjaya? Apabila rasuah menjadi salah satu perniagaan. Malah dianggap pula pelaburan berisiko. Adakah itu yang dikatakan modal insan yang tinggi mutunya? Perlukah diangkat, dijulang serta disanjung dek hanya kerana sesuatu yang tidak hidup sifatnya? WANG! 

Apabila sistem kewangan kapatalis yang diperjuangkan, sedangkan kewangan islam sunyi dan sepi dibiarkan, adakah kita telah berjaya mengangkat Islam dan umatnya sebanding dengan keupayaan bangsa bukan islam. 

Persoalan Yoga. Apabila yang haram dipertikaikan keharamannya.
Persoalan arak. Apabila yang haram dibiarkan sahaja.
Persoalan hudud. Apabila yang halal pula dipermainkan.
Persoalan – persoalan di atas memberi jawapan kepada kita betapa kita telah GAGAL membina modal insan yang cemerlang rohani dan jasmani serta yang gemilang duniawi dan ukhrawi.



ILMU PENCETUS KEBAIKAN
Penyelesaiannya berbalik seperti yang dinyatakan diatas. iaitu ILMU. Sebarang masalah perlu diatasi dengan ilmu. Bukan nafsu. Contohnya, masalah kewangan, bukan menuruti kehendak nafsu, tetapi sepatutnya diselesaikan melalui ilmu. Iaitu ilmu untuk berniaga atau berkerja dan sebagainya. Ilmu pula perlu sejajar dengan iman. Jika diatasi dengan nafsu, maka pastilah jalan singkat, ringkas, mudah dilaluinya. Ilmu yang dimaksudkan bukanlah ilmu jasmaniah tetapi dunia rohaniah. Pembentukan akhlak perlu bermula dengan aspek rohaniah. Iaitu Ilmu agama dan moral. 

Masalah sosial dan jenayah yang berlaku puncanya adalah kelemahan dan kegagalan sistem ilmu rohaniah yang dipraktikan di negara ini. Mana tidaknya, jika dibandingkan, antara sekolah kebangsaan konvensional dengan sekolah agama atau sekolah pondok, yang dianggap tinggi nilainya tentulah sekolah kebangsaan. Kita akui, sekolah kebangsaan telah berjaya membawa malaysia sehingga ke angkasaraya. Itulah antara kayu ukur kejayaan sistem sekolah kebangsaan.
Tidak begitu kayu ukur bagi sekolah agama. Ianya sangat abstrak dan jauh lebih hebat daripada itu. Bagaimana? Mungkin dapat dinilai dilihat dengan berkurangnya kadar maksiat atau jenayah yang sejajar dengan bertambah cendikiawan ilmu rohaniah itu sendiri. Sehingga masyarakat hidup bukan bertuhankan hiburan melampau tetapi penuh dengan kehidupan penuh dengan suasana ilmu. Adakah ini mustahil berlaku? Tidak! Buktinya, era Rasulullah itu sendiri telah menterjemahkan suasana harmoni dengan suasana keilmuan sehingga ke celah ceruk rantau eropah dan asia. Ianya bukan mustahil! Telah tercatat dalam lipatan sejarah. Bongkarkan dan teladanilah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...