Sunday, January 30, 2011

Edisi Bedah Siasat...

K

alau di NTV7 , popular dengan Edisi Siasat dan programnya berunsurkan seperti siasatan pelbagai isu antaranya seperti laman web lucah dan pornografi, isu buang bayi, pil penguguran kandungan dan sebagainya.Isu-isu yang ditayangkan di layar sememangnya menarik dan saya berpendapat isu-isu ini akan menyebabkan masyrakat semakin 'alert ' dengan isu-isu semasa.
Itu cerita di NTV7.
Kalau di TV3 , namanya diubah sedikit kepada Aduan Rakyat, dan dihoskan oleh wartawan yang terkenal dengan peribahasanya iaitu Karam Singh Walia. Saya akui program Aduan Rakyat ini sebenarnya banyak menarik ramai pihak untuk menontonnya bahkan saya rasa rata-rata kawan sekelas saya ingat tagline Karam Singh Walia ' Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati tiada siapa yang tahu'.
Banyak perkara yang kita siasat dan kita cuba selongkar tetapi kita lupa walau kita hebat menyiasat macam Detective Conan sekalipun, jika kita gagal tangani akarnya, kita takkan berhenti dari terus menyiasat.
Anda tahu apa 'akar' yang saya maksudkan? jom dengar saya bercerita.
Jika pokok organ terpentingnya adalah akar, jadi jika akar tidak berfungsi untuk menyerap air, maka pokok itu semakin layu dan akhirnya mati.
Begitu jua kita, organ yang penting sekali adalah hati. Jika hati bersih, inshAllah semuanya segalanya bersih , putih berseri mengalahkan gigi iklan colgate.
Fahamkan maksud saya? Itulah yang dikatakan akar hati.
Ini bertepatan dengan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : hati itu umpama raja sedangkan anggota badannya adalah tentera . Andai teruk tampuk pemerintahan raja itu maka teruklah anggota tenteranya.
Apa kaitan dengan akar hati dan edisi bedah siasat yang sedang saya cuba coretkan kali ini?
Ya, banyak episod edisi siasat yang cuba digembar-gemburkan media massa, tetapi pada saya, kalau kita 'bedah siasat al-quran' semua masalah dan isu akan selesai.
Kenapa ya?
Kerana ramai antara kita pada hari ini, membaca al-quran, tetapi lupa untuk menghayati maksud dan memahami ayat-ayat yang penuh indah itu.
Kerana itu juga ramai yang membaca al-quran, tetapi hatinya masih tidak diselimuti ketenangan.
Dahulu, sewaktu dikelas, saya teringat kata-kata ustaz , 'kalau kita hendak berkomunikasi dengan Allah ialah melalui solat, kita bercerita dengannya dan Dia akan menjadi pendengar paling setia tanpa tercicir apa-apa pun, tetapi kalau nak Allah berkomunikasi dengan kita, bacalah al-quran. Allah banyak mengajar kita apa yang kita perlu buat, dan apa yang patut kita tinggalkan. Bak kata orang putih, the DO's and the Don'ts''.
Bila al-quran itu as a guidance in our life, inshAllah kita tak tersilap arah jalan. Andai tersesat sekalipun , kita akan rujuk balik pada al-quran.
Jadi, episod bedah siasat yang saya sarankan, kita baca al-quran, kita fahami, kita hayati, cuba serapkan dalam jiwa dan amalkan dengan mulut,tangan,kaki dan sebagainya supaya anggota ini dapat menjadi saksi kita telah beribadah pada Allah di hari akhirat kelak.
Saya nak tanya satu soalan bonus, siapa sayang umi dan abah masing-masing?
Kalau kata sayang, cuba hayati hadis ini:
''Barangsiapa membaca al-quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya maka kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan dan sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini (HR- Abu Daud & Ahmad)''.
Jom bedah siasat quran selalu, moga ibu bapa kita dipakaikan mahkota, kubur kita akan dilapangkan kelak dan tika di hari pengadilan, dapat menjadi syafaat untuk kita. Amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...