Friday, December 31, 2010

6 Tanda Taubat Diterima Oleh Allah SWT

S
eorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah SWT, kita tidak berupaya menentukannya, ...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


*** Hendaklah kita sentiasa bertaubat kepada Allah SWT kerana tidak seorang pun daripada kita yang tahu bilakah ajalnya akan tiba.



Wednesday, December 29, 2010

Kenali Karakter Bulan Kelahiran Anda!

S
etiap manusia dilahirkan berbeza-beza karakter, sikap, tabiat, perangai dan tingkah-laku. Pokoknya, semua manusia diciptakan oleh Allah SWT mempunyai kehebatan yang tersendiri, tetapi kehebatan yang dimiliki setiap orang semestinya berbeza sekali. Dalam artikel kali ini memaparkan sedikit sebanyak karakter atau personaliti mengikut bulan kelahiran. Untuk pengatahuan semua, artikel yang dipaparkan ini merupakan kajian oleh Dato` Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Mana-mana yang positif, kita asahnya lebih baik lagi, dan mana yang buruk, tidaklah sama sekali berniat untuk membuka pekung di dada, tetapi, untuk memperbaiki diri dengan lebih baik pada masa akan datang. Ayuh, kenali karakter diri kamu!

JANUARI 
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius 

* Suka mendidik dan dididik 
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik 
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 
* Suka smart, kemas dan teratur 
* Bersifat sensitif, berfikiran mendalam 
* Pandai mengambil hati orang lain 
* Pendiam kecuali telah dirangsang 
* Agak pemalu 
* Daya tumpuan yang sangat tinggi 
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri 
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya 
* Cukup sayang pada kanak-kanak 
* Suka duduk di rumah 
* Setia pada segala-galanya 
* Perlu belajar kemahiran sosial 
* Cukup cemburu yang sangat tinggi 



FEBRUARI 
* Berfikiran abstrak 

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak 
* Intelligent, bijak dan genius 
* Berpersonaliti yang mudah berubah 
* Mudah menawan orang lain 
* Agak pendiam, pemalu dan rendah diri 
* Jujur dan setia pada segalanya 
* Keras hati untuk mencapai matlamat
* Tidak suka dikongkong 
* Mudah memberontak apabila dikongkong 
* Suka kegiatan yang lasak 
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
* Mudah mempamerkan marahnya 
* Tidak suka benda yang remeh-temeh 
* Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya 
* Sangat berani dan suka memberontak 
* Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
* Pemerhatian yang tajam 
* Suka hiburan dan sukan 
* Suka benda yang bersifat seni 
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran 
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul 
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros 
* Belajar untuk mempamerkan emosi




MAC 
* Berpersonaliti yang menarik dan menawan 

* Mudah didampingi 
* Sangat pemalu dan pemendam rasa 
* Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati 
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran 
* Suka pada kedamaian 
* Sangat peka kepada orang lain 
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
* Tidak cepat marah dan sangat amanah 
* Tahu balas budi dan tahu kenang budi 
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam 
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal 
* Suka berangan-angan 
* Suka melancong 
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi 
* Kelam kabut dalam memilih pasangan 
* Suka dengan hiasan rumahtangga 
* Punya bakat seni dalam bidang muzik 
* Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
* Jangan terlalu moody



APRIL 
* Sangat aktif dan dinamik 

* Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal 
* Sangat menarik dan pandai manjakan diri 
* Punya daya mental yang sangat kuat 
* Suka diberi perhatian 
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ). 
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang 
* Sangat berani dan tiada perasaan takut 
* Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah 
* Emosi cepat terusik
* Try control the emotion 
* Kecenderungan bersifat dendam
* Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan 
* Kuat daya ingatan 
* Gerak hati yang sangat kuat 
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain 
* Berpenyakit di sekitar kepala dan dada 
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu



MEI 
* Kekerasan hati & degil 

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi 
* Pemikiran yang tajam 
* Mudah marah apabila tidak dikawal 
* Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian 
* Perasaan yang amat mendalam 
* Cantik dari segi mental & fizikal
* Tidak perlu dimotivasikan 
* Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain 
* Mudah dipujuk 
* Bersikap sistematik (otak kiri) 
* Suka berangan 
* Kuat daya firasat memahami (apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu) 
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit 
* Daya khayalan yang tinggi 
* Pemikiran yang tajam 
* Pandai berdebat 
* Fizikal yang baik 
* Kelemahan sistem pernafasan 
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong 
* Tidak berapa suka duduk di rumah
* Tidak boleh duduk diam 
* Tidak punya ramai anak 
* Rajin dan bersemangat tinggi 
* Agak boros 


JUN 

* Berfikiran jauh & berwawasan 
* Mudah ditawan kerana sikap baik 
* Berperangai yang lemah lembut 
* Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood
* Idea yang terlalu banyak di kepala
* Bersikap sensitif 
* Otaknya aktif (sentiasa berfikir) 
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera 
* Bersikap suka menangguh-nangguh 
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik 
* Cepat marah & cepat sejuk 
* Suka bercakap & berdebat 
* Suka buat lawak & bergurau 
* Otaknya cerdas berangan-angan 
* Mudah berkawan & pandai berkawan 
* Orang yang sangat tertib 
* Pandai mempamerkan sikap 
* Mudah kecil hati 
* Mudah kena selsema 
* Suka berkemas 
* Cepat rasa bosan 
* Sikap terlalu memilih & cerewet 
* Kurang mempamerkan perasaan 
* Lambat nak sembuh apabila terluka hati 
* Suka kepada barang yang berjenama 
* Mudah menjadi eksekutif 
* Kedegilan yang tidak terkawal 
* Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya


JULAI 
* Sangat seronok didamping 

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki 
* Agak pendiam kecuali apabila diransang
* Ada harga dan maruah diri 
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan 
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus 
* Sangat menjaga hati orang lain 
* Sangat peramah 
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya 
* Berjiwa sentimental 
* Jarang berdendam 
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan 
* Tidak suka benda remeh-temeh 
* Membimbing cara fizikal dan mental 
* Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang 
* Layanan yang serupa dengan semua orang 
* Tinggi daya simpati 
* Pemerhatian yang tajam 
* Suka menilai orang lain dengan pemerhatian 
* Mudah dan rajin belajar 
* Suka muhasabah diri 
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama 
* Suka mendiamkan diri 
* Suka duduk di rumah 
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan 
* Tak agresif kecuali terpaksa 
* Lemah dari segi kesihatan perut 
* Mudah gemuk (kawal tak kawal diet) 
* Minta disayangi 
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih 
* Terlalu mengambil berat
* Rajin dalam membuat kerja 


OGOS 
* Suka berlawak 
* Mudah tertawan kepadanya 
* Sopan santun dan caring terhadap orang lain 
* Berani dan tidak tahu takut 
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan 
* Pandai pujuk orang lain 
* Terlalu pemurah & bersikap ego 
* Nilai harga diri yang sangat tinggi 
* Dahagakan pujian 
* Semangat juang yang luar biasa 
* Cepat marah & mudah mengamuk 
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan 
* Sangat cemburu 
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti 
* Cepat berfikir 
* Fikiran yang berdikari 
* Suka memimpin & dipimpin 
* Sifat suka berangan 
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat 
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk 
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit 
* Belajar untuk relax 
* Sikap kelam kabut 
* Romantik, pengasih & penyayang 
* Suka mencari kawan 




SEPTEMBER 
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur
* Sangat cermat, teliti & teratur 
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik 
* Pendiam tapi pandai bercakap 
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati 
* Sangat prihatin & terperinci, amanah, setia & jujur 
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna 
* Sangat sensitif yang tidak diketahui 
* Orang yang banyak berfikir 
* Daya pentaakulan yang baik 
* Otak bijak & mudah belajar 
* Suka mencari maklumat 
* Kawal diri dari terlalu mengkritik 
* Pandai mendorong diri sendiri 
* Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia 
* Suka sukan, hiburan & melancong 
* Kurang menunjukkan perasaannya
* Terluka hatinya sangat lama disimpan 
* Terlalu memilih pasangan 
* Sukakan benda yang luas 
* Bersistematik 



OKTOBER 
* Suka sembang 

* Suka orang yang sayang padanya 
* Suka ambil jalan tengah 
* Sangat menawan & sopan santun 
* Kecantikan luar & dalam
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura 
* Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan 
* Sentiasa berkawan 
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama 
* Cepat marah 
* Macam pentingkan diri sendiri 
* Tidak menolong orang kecuali diminta 
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri 
* Tidak suka terima pandangan orang lain 
* Emosi yang mudah terusik 
* Suka berangan & pandai bercakap 
* Emosi yang kelam kabut 
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) 
* Suka melancong, bidang sastera & seni 
* Pengasih, penyayang & lemah lembut 
* Romantik dalam percintaan 
* Mudah terusik hati & cemburu 
* Ambil berat tentang orang lain 
* Suka kegiatan luar 
* Orang yang adil 
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran 
* Mudah patah semangat 

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara 

* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya 
* Berfikiran ke hadapan 
* Berfikiran unik dan bijak 
* Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa 
* Pemikiran yang tajam 
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi 
* Bagus untuk jadi doktor 
* Cermat dan teliti 
* Personaliti dinamik 
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia 
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra 
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
* Terlalu degil dan keras hati apabila hendak
* Diusahakan sesuatu sehingga berjaya 
* Tak suka marah kecuali digugat 
* Mudah ambil berat terhadap orang lain 
* Pandai muhasabah diri 
* Cara berfikir lain dari orang lain 
* Otak yang sangat tajam 
* Pandai mendorong diri sendiri 
* Tidak hargai pujian 
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya 

* Badan yang "tough" (sasa) 
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam 
* Romantik 
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang 
* Suka duduk di rumah 
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia 
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi 
* Bercita-cita tinggi 
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 



DISEMBER 
* Sangat setia dan pemurah 

* Bersifat patriotik 
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan 
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa 
* Bercita-cita tinggi 
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi 
* Seronok didampingi 
* Suka bercampur dengan orang 
* Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai 
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
* Tidak pandai berpura-pura 
* Cepat marah 
* Perangai yang berubah-ubah 
* Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi 
* Benci pada kongkongan 
* Suka berlawak 
* Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik





Saturday, December 11, 2010

Muhammad Al-Hafiz - Model Remaja Hadhari

K
emerduan suaranya tatkala mengalunkan kalam suci al-Quran mampu menggamit jiwa setiap pendengar. Dalam usia belasan tahun, beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah dinobatkan sebagai Johan Bacaan Terbaik dalam Majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 pada bulan September dua tahun yang lalu. Begitulah yang dapat diungkap bagi menggambarkan kehebatan remaja yang diberi nama Muhammad bin Ahmad Zahid ini.

MUHAMMAD AL-HAFIZ
   Sedari usianya tujuh tahun, Muhammad telah menceburi bidang hafazan al-Quran. Dididik dalam suasana budaya mencintai masjid serta membesar dalam keluarga mithali, anak kepada pasangan Ahmad Zahid dan Dr. Siti Khadijah ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran sewaktu usia 10 tahun. Beliau pernah menuntut di Institut Al-Quran Kuala Lumpur, Massasah Darul Furqan Bangsar,  dan Maahad Tahfiz Al-Azhariyyah Shah Alam. Anak sulung daripada lima adik-beradik ini pernah mendapat tunjuk ajar secara intensif daripada Allahyarham Syeikh Hussain dari Myanmar di Petaling Jaya. Beliau juga menerima pendidikan di Darul Hikmah , Ampang, Selangor. Selain mengulang kaji hafazan al-Quran sekurang-kurangnya lima juzuk sehari, beliau juga mengikuti pengajian kelas formal, di samping turut ke kelas tuisyen matematik dan komputer pada hari-hari tertentu.

   Seiring dengan transisi diri yang menjengah ke alam remaja, Muhammad percaya tahfiz al-Quran mampu memelihara diri seseorang daripada melakukan kemaksiatan seterusnya menjadi insan berkualiti. Kata beliau, apabila kita menjaga hafazan al-Quran dalam dada, kita akan membawa imej kecemerlangan ke mana-mana kerana al-Quran itu sendiri adalah kunci dan puncak kecemerlangan.

   Melihat kepada dirinya yang mampu menjadi teladan generasi baharu, JAKIM dengan rasminya mengambil beliau sebagai anak angkat jabatan kerajaan tersebut. Beliau yang memegang prinsip ikhlas, rajin mengulang kaji hafazan dan berdisiplin untuk kekal sebagai hafiz al-Quran yang berjaya berharap dengan peluang sebagai anak angkat JAKIM akan mempermudah saya berdakwah dan belajar dengan para ulama melalui saluran JAKIM.

   Selain itu, Muhammad berkebolehan membawa bacaan lebih 10 imam atau qari seperti Imam Sudais, Imam Syraim, dan Khalil Hasary. Beliau pernah diberi penghormatan menjadi qari jemputan pada Majlis Penyampaian Anugerah kepada para graduan lepasan universiti di hadapan tetamu kehormat Mahkota Kerajaan Dubai, Sheikh Mohammad bin Rashid al-Makhtoum di Burj, Dubai. Selain telah menghafal pelbagai kitab hadis Matan di kala usia sembilan tahun, anak berbakat besar ini turut giat mengeluarkan cakera padat yang merakamkan bacaan ayat-ayat al-Quran.  

Wednesday, December 08, 2010

Fenomena Maher Zain: Idola Baru Remaja Malaysia


K
ehadiran Maher Zain di Malaysia yang mendapat sambutan hangat tidak mengejutkan kerana rentetan sejarah dalam bidang muzik ini memperlihatkan adanya tempat yang istimewa buat muzik Islamik dalam masyarakat.


   Apatah lagi kelibat Maher Zain dikatakan mempunyai pakej yang cukup sempurna di mata anak-anak muda. Beliau memiliki suara yangmerdu, paras rupa yang menawan serta sikap yang disenangi. Bakatnya juga tidak hanya dalam membawakan lagu-lagu berbentuk kerohanian ini, malah beliau dikurniakan kebolehan dalam mencipta dan menulis lagunya sendiri.

   Sebelum ini nama Maher Zain masih samar-samar buat pendengar-pendengar muzik di negara kita. Namun sebenarnya dalam dunia hiburan di seluruh Eropah dan Timur Tengah, jenama Maher Zain sudah cukup gah. Berbekalkan kehebatan pengawalan vokal  dan kemahiran mencipta lagu dan menerbit lagu, Maher Zain dilihat berjaya meluaskan empayar seninya menerusi album pertama beliau yang dianggap cukup sempurna dan berkualiti yang berjudul `Thank You Allah`.

   Bernaung di bawah satu syarikat rakaman yang sama dengan penyanyi terkenal Sami Yusuf, Maher Zain dianggap bertuah kerana album pertamanya telah dijual dengan begitu cepat ke serata dunia dibantu oleh rangka promosi yang meluas dan tersusun oleh Awakening Records. Bakat dan keupayaan Maher Zain dalam penerbitan sesebuah album sudah terbukti sebelum beliau tampil dengan album pertamanya lagi. Sebelum bergelar penyanyi, Maher lebih dikenali sebagai salah seorang penerbit album untuk sebuah syarikat rakaman ternama yang bertapak di New York. Kemahirannya dalam bidang tersebut kini diterjemah dengan baik dalam album solo beliau yang pertama dan hasilnya ternyata setanding dengan pengalaman yang beliau miliki.

ALBUM `THANK YOU ALLAH`

   Maher Zain kini menjadi sebuah fenomena di Malaysia. Lagu-lagunya bukan sahaja didengar oleh peminat nasyid tetapi turut didengari oleh mereka yang selama ini membenci nasyid. Selain suaranya yang merdu, susunan muzik lagu-lagunya sangat indah. Malah liriknya bermakna dan memberikan kesan mendalam kepada pendengar. Malah, setiap lagu yang dinyanyikan oleh beliau telah melalui proses penapisan. Proses tersebut bertujuan untuk memastikan setiap lagu yang disampaikan mampu memberi kesan emosi kepada pendengar atau dengan kata lain, mampu menyentuh hati pendengar.

   Beliau merupakan seorang rakyat Sweden yang berketurunan Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika umur Maher Zain 8 tahun. Beliau kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pengajian ijazahnya dalam kejerutaan aeronautik. Kemudian beliau berpindah dan menetap di New York selama beberapa tahun kerana minat yang mendalam terhadap muzik. Menurut Maher Zain, walaupun meminati muzik, tetapi beliau merasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Oleh kerana itu pada Januari 2009 beliau beralih arah kepada muzik yang menggambarkan identiti beliau sebagai seorang muslim. Selepas itu beliau menandatangani kontrak dengan syarikat Awekening Records yang berpangkalan di United Kingdom. Maka lahirlah album `debut`nya "Thank You Allah" yang terus menduduki tangga pertama di carta Amazon's World Music. Hebat!

Friday, December 03, 2010

Salahkah Wanita Tidak Tahu Memasak?





Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okey saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


Saturday, November 27, 2010

Kepentingan Menjadi Pemimpin



K
ehebatan dan kebijaksanaan manusia banyak bergantung pada proses pembelajaran yang mereka tempuhi sepanjang hidup mereka. Proses pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai proses. Antaranya, proses pendidikan formal, pengalaman, pemerhatian, kekeluargaan dan rakan sebaya. Antara proses pembelajaran yang sangat mempengaruhi proses remaja ialah pengalaman itu sendiri.

   Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik (kokurikulum) di sekolah mereka. Ada banyak perkara yang tidak dapat dipelajari dan difahami di dalam kelas, tetapi boleh dipelajari dengan mengambil tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pemimpin.

   Bukanlah ini bermakna bahawa akademik tidak berapa penting. Bahkan, akademik sangat penting untuk masa depan. Namun, kecemerlangan akademik belum cukup untuk menjamin bahawa seseorang itu bijaksana dan berkemampuan untuk melaksanakan tugasan, berinteraksi, berkomunikasi, mengurus masa, mengendalikan orang lain, mengendalikan mesyuarat, dan bermacam-macam lagi kemahiran kepimpinan yang juga sangat penting untuk masa depan.


   Antara faedah dan manfaat yang diperolehi apabila menjadi pemimpin ialah:

1. DAPAT MEMPELAJARI KEMAHIRAN MEMIMPIN
Ia adalah kemahiran untuk menjadi seorang individu yang dihormati oleh orang lain. Ia bukanlah kemahiran "boss" yang mengarah-arah, tetapi kemahiran untuk mencipta "aura" yang menjadikan orang lain menghormati dan mengagumi anda. Jika anda tidak menjadi pemimpin, anda tidak akan mempunyai kesempatan untuk belajar dan berlatih kemahiran ini.

2. DAPAT MEMPELAJARI KEMAHIRAN MENGURUS ORGANISASI
Ia adalah kemahiran untuk memimpin organisasi bgi mencapai matlamat dan sasaran yang hendak dicapai. Ia berkait dengan kemahiran menentukan posisi, menetapkan misi, dan untuk merealisasikan misi tersebut agar menjadi realiti. Ia adalah kemahiran yang sangat penting apabila anda berada dalam alam kerjaya nanti.

3. DAPAT MEMPELAJARI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Hal ini merupakan satu lagi kemahiran yang sangat penting untuk masa depan kita. Ia berkait rapat dengan kemahiran menyampaikan idea, kemahiran mempengaruhi orang, kemahiran memujuk, dan kemahiran menghadapi penolakan.

4. DAPAT MEMPELAJARI KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
Apabila anda berkejaya nanti, antara faktor yang paling penting dalam menentukan prestasi anda ialah keupayaan anda bekerjasama dengan orang lain sebagai satu pasukan. Antara perkara yang perlu kita pelajari ialah kemahiran memotivasi, kemahiran mengagihkan tugasan, dan kemahiran menghadapi konflik.

   Selain daripada itu, dengan menjadi seorang pemimpin di sekolah, anda juga akan mendapat pengalaman memikul tanggungjawab dan peranan di tempat anda. Pengalaman seperti itu akan dapat mematangkan anda sebagai seorang remaja, dan seterusnya akan menjadikan anda seorang yang lebih bijak dan berdaya saing.
Apabila kita memikul tanggungjawab, kita sebenarnya mempunyai peranan yang lebih berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai jawatan yang penting di sekolah. Menjadi seorang pemimpin bereti kita belajar untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang bakal menimpa. Mungkin pada peringkat awal kita akan berasa sedih dan gusar, namun percayalah bahawa, jika anda sentiasa berfikiran positif dan berkeinginan untuk belajar dan belajar; pastinya anda akan menjadi seorang remaja yang jauh lebih hebat daripada sebelum ini. Kehebatan yang mungkin tidak pernah anda bayangkan.

   Namun begitu, keseimbangan antara akademik dan kepimpinan haruslah perlu diberikan tumpuan. Keseimbangan bermaksud; memastikan bahawa prestasi kedua-duanya sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Pastikan wujud peningkatan dalam kedua-dua bidang dari semasa ke semasa. Yang anda perlu sentiasa fokus ialah; perkara yang menjadi kayu ukur kepada prestasi yang hebat. Jika dalam akademik, pengukur yang jelas ialah peperiksaan dan ujian. Jika dalam kepimpinan, kayu ukurnya adalah lebih subjektif. Mungkin tahap disiplin yang semakin baik, atau perlaksanaan program yang teratur dan bermanfaat, atau penerusan organisasi yang lancar dan sistematik.

   Walau apa-apa pun kedudukan anda sekarang, pastikan bahawa anda belajar untuk menyeimbangkan antara pembelajaran akademik dan bukan akademik. Pelajari bagaimana untuk mengurus masa, mengendalikan kerja, dan sebagainya. Pada masa yang sama, tingkatkan kemahiran belajar anda. Percaya kepada potensi cemerlang yang ada pada anda, dan belajarlah dari semasa dari semasa.

Friday, November 26, 2010

Pengenalan Majlis Pimpinan Pelajar SAMBBST


M
ajlis Pimpinan Pelajar (MPP) adalah satu badan kepimpinan pelajar tertinggi di SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Ianya diilhamkan oleh pihak pentadbiran sekolah yang mahukan satu corak kepimpinan pelajar yang mempunyai asas kukuh di samping meletakkan kepimpinan pelajar di bawah satu organisasi besar dan memudahkan pengurusan sekolah dan asrama. Sistem ini dimulakan pada tahun 2006 dan akan diteruskan selagi mana ia relevan dengan suasana dan persekitaran sekolah. 
POSTER MPP 08/09


POSTER MPP 09/10
***Untuk mengetahui senarai Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) 09/10, klik di sini.

***Untuk melihat senarai Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) 10/11, klik di sini.

Akal Dan Hati



Akal : Assalamualaikum...

Senyap sunyi.  Salamnya tak bersambut. Dicuba lagi.

Akal : Assalamualaikum...

Masih tiada yang menyambut. Dicuba lagi untuk kali ketiga. Alhamdulillah, terdengar bunyi kunci dibuka dari dalam. Kelihatan Hati di sebalik pintu dengan rupa yang lesu..

Hati : Waalaikumussalam... Akal rupanya. Ingatkan siapa tadi, masuklah...

Akal pun melangkah masuk ke dalam kamar Hati. Dilihatnya Hati terus berbaring di sofa. Akal ikut duduk di kerusi yang lain..

Akal : Kita dengar Hati tak sihat. Itue kita datang melawat. Hati ok tak?

Hati : Aaa..haah..tak sihat sikit. Kepala cam pening-pening, pastu badan pun cam sakit-sakit, penat sangat kot...

Akal : Hmm...maybe la kot. Nampak macam Hati gelap sikit. Hati pergi main berjemur ke?

Hati : Eh, takde la. Takde main berjemur pun. Teman Nafs je pergi jalan-jalan, shopping-shopping sikit...

Akal : Ohh... Ye ke...

Suasana sepi. Dilihatnya Hati sibuk memicit-micit kepalanya sambil memejamkan mata.

Akal : Hati, kita nak cakap sikit la...

Hati : Hmm...kenapa, Akal?

Akal : Takde la... Kita rasa sejak Hati berkawan baik dengan Nafs tu, kita berdua dah macam makin jauh je. Bukanlah kita jeles ke ape. Cuma kita macam rindulah nak spend time, borak-borak dengan Hati macam dulu-dulu.

Hati : Hmm...agak la. Takpe, next time kita keluar bertiga eak.

Akal : Hmm... Kita bukannya tak nak, tapi kita rasa Nafs tu macam tak suka je kat kita. Bila kita datang dekat je kalau korang tengah berborak, mesti dia tarik Hati pergi tempat lain. Kalau dia nampak Hati tegur kita pun, selalu kita nampak dia macam jeling kita.

Hati : Eh, mana ada... Nafs tu baik tau. Seronok berkawan dengan dia. Dia pandai cari tempat best nak pergi enjoy. Hari tu dia bawak Hati pergi satu tempat ni. Dengar lagu...seronokkk..! Ada orang nyanyi-nyanyi sume, pastu dia ajar Hati macam mana nak main game dekat archade tu, and then, dia kenalkan Hati kat kawan-kawan dia...lelaki..hoho..hensem-hensem sume. Tapi tu la, cam ramai yang dah ada GF la... Tapi, jeles betul... Tapi takpe... Ada je yang still single-mingle.. hoho.. nanti kalau Akal nak, Hati bawak Akal pergi sana ye...

Akal terdiam seketika sebelum meneruskan kata-katanya.

Akal : Hati, kita rasa Hati dah berubah la...

Hati terkejut. Bingkas dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap Akal.

Hati : Hmm...?? Berubah...?? Eh, takde la... Mana ada... Hati macam ni gak la, maintain je...

Akal : Tak la..dulu Hati tak macam ni... Dulu mana ada Hati suka pergi tempat-tempat macam tu. Tau pasal tempat tu pun tak pernah. Pastu mana pernah Hati usha-usha lelaki macam tu. Hati kan tau tak elok buat camtu. Sekarang pun Hati dah jarang pergi lawat Mak Usrah. Dia selalu tanya pasal Hati tau.

Hati : Ala... dulu Hati tak tau sebab takde orang beritahu. Lagi pun, bukan selalu pun pergi. Baru 4 kali pergi. Akal ni...macam mak orang la.

Akal : Tapi Hati, Hati kan tau benda tu salah.

Hati : Ala... salah apanya. Hati bukan buat pape pun. Hati just nak enjoy je.

Akal : Enjoy apanya kalau dok buat tambah dosa camtu, Hati..??

Hati : Mana ada tambah dosa..?? Bukannya Hati pegang-pegang diorang ke apa, borak-borak je.

Akal : Hati... Hati dah meremehkan hal dosa pahala ni. Hati... Hati tau tak kalau Hati buat benda-benda yang ALLAH larang tapi tanpa perasaan yang benda tu salah, Hati akan dapat satu titik hitam kat badan Hati? Cuba Hati tengok. Hati perasan tak yang Hati dah makin gelap. Hati nak ke jadi hitam betul?

Hati terdiam. Akal meneruskan bicaranya.

Akal : Kita tau Hati sekarang selalu tidur lambat. Selalu dengar Hati bangun lambat. Selalu termiss Subuh. Isyak pun kadang-kadang Hati terlepas sebab tertidur, betul tak..??

Hati mendiamkan diri, tapi masih menganggukkan kepala.

Akal : Boleh kita tau kenapa?

Hati : Hati penat je. Tu selalu tertidur awal, bangun lambat.

Akal : Kenapa Hati penat?

Hati : ... sebab teman Nafs.

Akal : Tak cakap dengan dia yang Hati penat?

Hati : Hmm... dia tu macam keras kepala sikit. Kalau Hati cakap Hati penat, dia still tarik Hati ikut dia gak. Kalau Hati cakap Hati tak mau ikut, nanti dia merajuk. Tak mau cakap dengan Hati. Hati malas nak ribut-ribut. Nanti makin serabut kepala Hati, makin penat nanti.

Akal : Tapi still Hati penat gak kan sekarang?

Hati mendiamkan diri semula.

Akal : Hati, kita nak cakap. Daripada Hati penat sebab ikut Nafs yang tak dapat apa-apa, dengan kalau Hati tolak permintaan Nafs tapi dapat pahala, yang mana satu lebih beruntung?

Lambat Hati menjawab.

Hati : …tolak...

Kelihatan Hati menundukkan kepalanya.

Akal : Hati, kita nasihat Hati sebab kita sayang Hati. Kita tak mau Hati makin jauh and makin banyak buat benda salah. Kita tak tau Hati tau ke tak ni, tapi kita selalu nampak Nafs tu duduk-duduk dengan Syaitan. Hati tau kan Syaitan tu pelajar bermasalah. Siap ada geng lagi. Kita tak mau Hati terikut sampai jadi geng tu. Bukannya kita nak sangka buruk ke apa, just langkah berjaga-jaga je.

Hati kelihatan terkejut.

Hati : Eh... Nafs kata dia tak kawan dah dengan Syaitan tu. Dia kata diorang dah tak sependapat, so dia dah tak join dah geng tu.

Akal : Hmm...maksudnya dia dah tipu Nafs la tu. Bukan sekali kita nampak diorang tu jumpa...banyak kali gak la. Tapi kita tak sempat-sempat nak beritahu Hati sebab dia selalu ada kat sebelah Hati.

Hati : Tapi Hati tak paham. Kenapa dia nak tipu Hati? Tak paham la... Ingatkan kitorang kawan baik.

Akal : Hati...ingat tak ayat yang Mak Usrah pernah bagi kita dulu? Yang Syaitan memang dah berjanji untuk memesongkan manusia dari jalan ALLAH sampai tibanya hari akhirat. And dia memang akan sengaja buat macam dunia ni terasa indah untuk kita sampaikan kita terpedaya. Hati pun tau kan... Hati yang control seseorang tu... Sebab tu kita rasa dia aim Hati.

Hati kelihatan kecewa. Terlihat kesedaran terlukis di mukanya.

Akal : Hati, kita nak cakap banyak pun, kita pun bukan tau sangat. Ada benda yang kita tak tau and kita pun tak paham sangat. Kalau Hati nak, kita boleh kenalkan sorang kawan kita ni...nama dia Furqan, insyaALLAH dia boleh tolong terangkan sume-sume yang Hati nak tau and tanya.

Hati memandang Akal dengan pandangan terharu.

Hati : Terima kasih Akal sebab sedarkan Hati. Beruntung sungguh Hati dapat kawan macam Akal ni.

Akal : Ala...kita bukan buat pape pun. Sume tu ALLAH yang izinkan.

Kedua-dua pun tersenyum.

Akal : Ok la
ati, Hati... Kita nak kena pergi ni. Ada hal nak kena settlekan. Hati rehat la ye. Nanti bila dah sihat balik, jenguk-jenguk la Mak Usrah. Dia rindu betul dengan Hati. Baby Iman dengan Islam pun dah lama tak kena timang dengan Hati.

Hati : InsyaALLAH... kalau Akal rajin, nanti sampaikanlah salam Hati kat diorang ye...

Akal : InsyaALLAH... Hati rehat ye...

Akal pun beredar meninggalkan Hati untuk berehat.







***Ketahuilah dan selidikilah dengan siapa `Hati` kita berkawan...

Aku Tinggalkan Dikau Demi Allah



Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria...
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]
Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...