BADAN DAKWAH DAN ROHANI
Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan Biro Usrah dan Dakwah yang berada di bawah Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) SAM Bandar Baru Salak Tinggi. BADAR bertindak sebagai satu badan yang mengawal atur aktiviti-aktiviti kerohanian dan pentarbiyahan islamiah di sekolah ini. Bagi memantapkan pengurusan dakwah di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, barisan Saf Qiyadah Majlis pimpinan Pelajar turut bergerak bersama-sama BADAR dalam pelaksanaan program mahupun pengurusan Surau Raudhatul Faizin. Seterusnya, secara tidak langsung, kedua-dua badan ini bekerjasama dengan menjadi satu wadah kepada pergerakan dakwah bagi menggapai hasrat tercetusnya biah islamiah di bumi barakah SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Saf kepimpinan kedua-dua badan ini yang silih berganti setiap tahun terus berusaha dan membawa legasi perjuangan dakwah di SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
BADAR pada asalnya bukanlah sebuah badan rasmi di sekolah ini. Ketika itu, pelajar yang dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Surau Raudhatul Faizin dipanggil BADAR. Walhal, AJK Surau hanya berperanan dalam pengurusan kebersihan dan keceriaan surau sekolah. Oleh itu, bermula tahun 2011, BADAR dan AJK Surau telah diasingkan pentadbirannya. BADAR bertindak melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian dan pentarbiyahan islamiah di sekolah dan asrama, manakala AJK Surau pula terbabit dalam pengurusan surau sahaja.
~ AHLI MAJLIS TERTINGGI ~
AMIR
Muhd. Munzir Al-Majdy bin Fauzi
AMIRAH
Alia Adila binti Zainudin
NAIB AMIR
Mohammad Firdaus bin Mohd. Ashfari
NAIB AMIRAH
Nur Diyana binti Sirat
SETIAUSAHA
Muhammad Firdaus bin Mohd. Yusof
Afiqah Adhawiyah binti Omar
BENDAHARI
Muhd. Syahmi bin Roslan
Rozielawati binti Rosli
~ KETUA-KETUA LAJNAH ~
KEBAJIKAN
Muhd Syazwan bin Azmi
Nur Diyana binti Ahmad Fadzil
TARBIYAH
Waliuddin bin Zulkifli
Nurul Aina Sofea binti Abdul Rahim
EKONOMI
Muhd. Nazzerie bin Md. Khamis
Nur Asyikin binti Azami
DAKWAH
Rahimi Asyraf bin Abdul Rahim
Naemah binti Mohd. Nasir
PUBLISITI
Muhd. Falah Hakim bin Mohd. Hisam
Nur Farahin binti Mohd. Salim
No comments:
Post a Comment