Saturday, September 10, 2011

12 Tip Senaman Untuk Pelajar Di Asrama

Kehidupan di asrama bukanlah sesuatu yang sukar. Anda tidak boleh meletakkan kehidupan di asrama sebagai penyebab anda kekurangan masa dan ruang untuk menjalani kehidupan yang sihat. Ini kerana bilik anda yang kecil di mana anda tidur, belajar, berborak bersama rakan itu juga boleh dijadikan sebagai gim peribadi anda. Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah salah satu cara anda akan buat pengalaman anda tinggal di asrama sebagai satu pengalaman yang terindah!
  1. Berkawad setempat.
  2. Melakukan side steps atau melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
  3. Jogging setempat atau berlari setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
  4. Melompat bintang setempat.
  5. Membuat gerakan kickboxingfront kicks, squats, side kicks, menumbuk.
  6. On MP3 Player anda dan menari sampai berpeluh
  7. Anda juga boleh buat jumping rope kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda, lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
  8. Ini aktiviti yang paling disukai. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut! Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama juga. :D
  9. Buat pushups menggunakan hujung katil atau di atas lantai.
  10. Buat sit up.
  11. Kalau anda anda duit lebih, anda boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
  12. Turun dan naik tangga atau berlari sekeliling asrama anda.
>> BITTAUFIQ WANNAJAH <<

Sumber - http://www.iluvislam.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...