Apakah Freemason?
Freemason adalah satu organisasi rahsia yang bermula dari zaman Mesir Purba sehingga kini yang dianggotai oleh lelaki yang dipilih oleh mereka, bermakna keahlian hanya berdasarkan undangan sahaja. Mason bermakna tukang batu. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah penyambung generasi pembina Kuil King Solomon di Israel. Dikatakan mereka memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negatif, elemen penting dalam pemujaan. Di Malaysia, kononnya kelab kebajikan seperti Lions, Rotary Etc. adalah sebenarnya cabang Freemason. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa mereka ini sebenarnya meneruskan misi Knights Templar.
Pangkat Dalam Freemason
Mereka ada pangkat-pangkat tertentu. Ada dua seksyen yang popular, Scottish Lodge dan American Lodge. Kesemuanya ada 33 pangkat. Tetapi, di Amerika cuma ada 32 peringkat, untuk ke peringkat 33, mereka harus diiktiraf di Scotland. Lihat sahaja lambang kerajaan Amerika, cuba kira berapa helai bulu pelepah burung itu pada kedua-dua kepaknya. Tetapi harus diingat, tidak semua ahli Freemason yang tahu bahawa mereka menganggotai satu persatuan yang amat berbahaya. Ini kerana cuma mereka yang berpangkat 31 hingga 33 (tertinggi) sahaja yang tahu tujuan dan motif sebenar kumpulan ini. Ada pendapat lain mengatakan bahawa ahli peringkat tertinggi harus menipu ahli peringkat bawahan dan dialih perhatian mereka dari kebenaran kumpulan itu kerana mereka masih mentah.
Kelayakan Keanggotaan
1. Bebas (bukan hamba sahaya)
2. Lelaki
3. Mempercayai Makhluk Agung sebagai pencipta, maknanya harus percaya pada kewujudan Tuhan (tetapi, Tuhan yang mana satu???)
Contoh Bangunan Freemason (Masonic Lodges)
Cawangan Johor |
Jalan Tun Abdul Razak dari pandangan atas |
Malacca Freemason School |
Penang Freemason School |
Cawangan Ipoh |
Ramai orang tidak tahu, mereka menyangka Freemason ini adalah kumpulan persaudaraan yang buat kebajikan di merata tempat. Itu adalah `smokescreen` bagi aktiviti sebenar mereka.
Inilah contoh Malaysian Freemason. Lihat pakaian pada gambar yang dibulatkan, itulah pakaian Luciferians, atau penyembah syaitan. Hanya ahli pada peringkat 31 dan ke atas sahaja yang tahu benda ini. Mereka terlibat dalam upacara penyembahan black magic atau devil summoning. Mereka juga adalah jurutera pada sejarah dunia itu sendiri. Mereka bijak, dengan meletakkan ahli-ahli mereka pada tempat-tempat strategik dalam kerajaan dan perniagaan. Mereka menjadi pemimpin dunia, bankers, ahli perniagaan dan sebagainya. Mereka memperjuangkan New World Order, satu cara hidup hedonistik yang mereka cuba terapkan pada kita semua, supaya kita lupakan Allah dan Rasulullah SAW. Contoh sudah banyak dapat kita lihat sekarang. Antara ahli-ahli Freemason yang terkenal adalah George Washington, Benjamin Franklin, Karl Marx, dan Charles Darwin.
Oleh itu, kita perlu berwaspada. Didik masyarakat kita, kerana masalah NWO ini bukan masalah Islam sahaja, tetapi masalah global.Mereka ini mensasarkan pada semua, bukan pada muslim sahaja untuk tunduk dan patuh pada syurga duniawi yang mereka cipta. Penentang pula akan mereka humban dalam neraka ciptaan mereka.
Sekarang kita sedang sibuk hal kegawatan ekonomi. Pernahkah anda terfikir bagaimana kegawatan ekonomi terjadi? Saya pernah bertanya seorang sahabat, penuntut jurusan ekonomi. Katanya, ia perkara biasa dalam pasaran, harga naik turun dan juga fenomena biasa. Bagi saya, nampak macam mengarut, sebab ekonomi bukan alam semulajadi, ada penentu dan ditentukan. Jadi, siapa atau apa penentunya?
Apabila ekonomi jatuh, ramai orang hilang kerja. Bank pula sekarang kononnya sudah murah hati nak bagi pinjaman punya bayaran balik extend etc. Ada juga yang perlu meminjam dari bank untuk survive. Lihat susur galur ini.
Kitalah yang paling bawah sekali (debt slaves) |
Sudah terlalu banyak perkara yang melekakan kita, antaranya...
Antara sedar atau tidak, mereka sebenarnya telahpun mempromosikan Pyramid All Seeing Eye pada kita dan anak-anak kita.
Ingin membaca artikel ini yang selanjutnya? Nantikan `post` yang selanjutnya...
Para pengunjung boleh membaca artikel berkenaan Freemason ini di laman blog ini: http://waniethecockroach.blogspot.com/2010/07/bahaya-freemason-kepada-islam-dan-dunia.html. Artikel ini hanya bertujuan untuk disebarkan dan dikongsikan bersama sahaja. Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Wallahua`lam...
1 comment:
bagus info tentang torch olimpik yang ramai masih belum tahu..thanks n keep up the good work..
Post a Comment