Showing posts with label E-Buletin. Show all posts
Showing posts with label E-Buletin. Show all posts

Friday, September 09, 2011

Let's Visit & "LIKE" Us On Facebook!

Like BADAR SAMBBST? Like Facebook? Why not like BADAR SAMBBST on Facebook?


Help us reach more than 50 fans on Facebook by clicking the "LIKE" button

Wednesday, August 10, 2011

Tawaran Hebat Hanya Di Ramadhan Al-Mubarak!




Bersama Imam Undangan Para Hafiz Dan Qari Jemputan Seluruh Negara

TARIKH: 1 - 30 Ramadhan
MASA: 24 Jam (Siaran Langsung)
TEMPAT: Seluruh Pelusuk Alam

Hadiah & Bonus Hebat Menanti Anda Untuk Dimenangi!

OFFER & PERCUMA
- Keredhaan Allah
- Keampunan Allah
 - Tingkatkan Taqwa
- Balasan Syurga
- Bonus 1000 Bulan
- Potongan 100%
- Syaitan Dibelenngu
- Malam Lailatul Qadar
- Sihat Tubuh Badan
 - Doa Dimakbul
- Rezeki Mencurah
dan banyak lagi!

ACARA MENARIK
- Puasa Siang Hari
- Bersahur
- Solat Tarawih
- Zakat Fitrah
- Zikrullah & Doa
- Majlis Tazkirah
- Berbuka Puasa
- Sedekah Jariah
- Iktikaf Di Masjid
- Qiyamullail
- Tadarus Al-Quran
- Umrah Ramadhan
dan macam-macam lagi...

KUNJUNGILAH MASJID DAN SURAU YANG DISEDIAKAN DI TEMPAT ANDA

Rebutlah Tawaran Paling Lumayan Dari Allah SWT ini selagi stok umur masih ada...


SYARAT PENYERTAAN
- Warganegara Muslim
- Mukmin Sejati
- Ikhlas & Jujur
- Baligh & Berakal
- Ikut Peraturan
- Solat Fardu Tak Cuai


Untuk Keterangan Lanjut, Sila Rujuk Al-Quran, Hadis Dan Alim Ulama' Berhampiran Anda


~ Tawaran Sah 1 - 30 Ramadhan ~


Ingatan Ikhlas Daripada:
Unit Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) & Majlis Pimpinan Pelajar (MPP),
SAM bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor

Friday, June 24, 2011

BADAR STIS Sepang kini di Twitter!

BADAR STIS Sepang


Setelah beberapa bulan beroperasi, BADAR STIS Sepang kini muncul di laman sosial terkemuka, Twitter!

"Follow" @BADAR_SAMBBST di Twitter.
(Klik lencana sekolah di atas)

Nantikan pelbagai 'tweet' terkini daripada BADAR SAMBBST / BADAR STIS Sepang.

Respon daripada anda amatlah kami hargai.
Syukran jaziilan!

Sunday, April 17, 2011

Pelancaran Laman Blog Rasmi STIS Sepang!

Pada 17 April yang lalu, bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEM) telah diadakan pelancaran laman blog rasmi Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) Sepang yang kini dikenali sebagai Salak Tinggi Islamic School (STIS) Sepang. MAKEM yang diadakan setiap tahun, kali ini memberi ruang kepada sidang redaksi sekolah, Irsyad Crew untuk memperkenalkan laman blog sekolah.

Laman blog STIS Sepang ini 99% dibuat sendiri oleh para pelajar sekolah ini. Manakala, guru penasihat laman blog ini, Encik Muhd. Firdaus Idris dan Puan Norhana Burhanuddin bertindak sebagai pemantau. Laman blog ini membekalkan pelbagai maklumat umum berkaitan sekolah seperti guru-guru, Majlis Pimpinan Pelajar, lencana sekolah, aktiviti terkini sekolah dan banyak lagi! Ingin ketahui lebih lanjut, klik pada ikon di bawah.

Monday, March 14, 2011

Induksi Saf Kepimpinan (INSAF) 2011 - Merealisasikan Hadaf 4A

S
ebuah kursus kepimpinan yang dinamakan Induksi Saf Kepimpinan (INSAF) 2011 yang dulunya dikenali sebagai Tamrin Qiyadi Perdana (TQP), telah dijalankan dari 25 Februari sehingga 27 Februari 2011 di Kem In-Sight G-Jan, Sepang. Program ini merupakan gabungan pimpinan: Majlis Pimpinan Pelajar (MPP), Pengawas Sekolah (PS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pusat Sumber Sekolah (PSS), Majlis Ketua Tingkatan (MKT) dan Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR). Yang menariknya, para peserta program ini mendapat bimbingan daripada mantan-mantan pimpinan SAMBBST sendiri selaku fasilitator.

Bermula dengan pendaftaran pada jam 2.30 petang, semua peserta telah menerima sekeping fail plastik yang mengandungi sebuah buku nota, sebatang pen dan helaian kertas aktiviti, di samping sehelai t-shirt rasmi INSAF berwarna jingga terang yang tertulis perkataan `Ar Ruhban Fil Lail, Al Fursan Fin Nahar`. Pada sebelah malamnya pula, tazkirah yang bertajuk `Aku Pemimpin` oleh Ustaz Muhammad Suhaimi dan Ustaz Khairul Azwad Ibrahim telah disampaikan di surau. Seusai urusan ibadah, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 dijalankan. LDK yang diberi nama MIND SETTING: Mission Statements memerlukan para peserta cuba berfikir di luar kotak pemikiran. Seterusnya, pembahagian kumpulan dibuat dengan membahagikan para peserta kepada tujuh kumpulan. Tidak dilupakan, program ini turut mempunyai lagu tema iaitu, Dunia Baru Islam dan Bingkai Kehidupan.






Pada hari kedua, para peserta dan fasilitator mengerjakan Qiamullail pada jam 4.30 pagi lagi. Pada jam 10.30 pagi, LDK 2: Leadership Games dijalankan. Pada sebelah petangnya pula, aktiviti Pengendalian Majlis Rasmi; Teori dan Praktikal telah disampaikan oleh Encik Kamarul Azami Mohd. Zaini dari IQ Class Management. Aktiviti pada waktu malam, selepas selesainya urusan ibadah, LDK 3: Plan Of Action; SAMBBST Gemilang 2015 dilakukan. LDK kali ini memerlukan para peserta memikirkan strategi badan kepimpinan masing-masing dengan mengambil kira matlamat 4A: Akhlak Cemerlang, Akademik Gemilang, Amalan Penuh Penghayatan, Aktif dan Progresif.

Pada hari terakhir program, para peserta dibawa masuk ke dalam kawasan hutan bagi aktiviti Jejak Alam. Sepanjang berjalan di dalam hutan, para peserta telah diberikan tips-tips ketika berada di dalam hutan, diajar menggunakan kompas dengan betul, menunaikan solat sunat dhuha di dalam hutan, dan sebagainya. Tamat sahaja aktiviti tersebut, para peserta menghadiri Majlis Penutup `Untaian Kenangan` oleh Encik Mahadi bin Bassin, Guru Penolong Kanan 1 SAMBBST.

Secara keseluruhannya, para peserta sangat gembira dan terkesan dengan program yang dianjurkan oleh Unit Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SAMBBST. Gembira kerana berjaya mengutip ilmu-ilmu kepimpinan dan menimba pengalaman yang menarik untuk diingati, terkesan pula kerana menyedari beberapa kelemahan dalam kepimpinan membuatkan para peserta lebih bersemangat memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Melalui program ini juga, ikatan ukhuwwah disemai dengan begitu baik sekali, sesuai dengan prinsip Saf Qiyadah 2011 iaitu, Wihdatul Fikrah Pemangkin Ukhuwwah. Hal ini jelas ditunjukkan sewaktu makan, di mana para peserta dikehendaki makan secara ambengan seramai empat orang sedulang. Sebelum makan, para peserta perlu menyuap sahabat sedulang masing-masing, dikenali sebagai suapan `kasih sayang`. Mereka tidak dibenarkan menyuap makanan ke mulut masing-masing sebelum menyuap sahabat mereka. Semangat bekerjasama sangat dirasai dalam Group Binding, terutama sekali ketika LDK 1 dan Debat Kepimpinan. Tazkirah-tazkirah yang disampaikan juga membakar semangat untuk terus berjuang dan berjihad dalam kepimpinan. Akhir sekali, sudah pastinya ilmu-ilmu yang dicurahkan sepanjang INSAF ini berlangsung, benar-benar membuka mata dan minda tentang kepimpinan Islam yang sebenar.


Saturday, February 05, 2011

Majlis Ikrar Ketua Pelajar : Bersama Janji Dan Harapan


P
ada tarikh 24 Januari 2011 yang lalu, bersamaan 19 Safar 1432 Hijriah telah berlangsungnya acara tahunan bagi Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST), iaitu Majlis Ikrar Ketua Pelajar bagi sesi 2011. Majlis rasmi yang berlangsung di dewan sekolah, Dewan Al-Khawarizmi telah dihadiri oleh semua barisan pendidik, saf-saf qiyadah dan para pelajar putera puteri SAMBBST. Majlis tersebut dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan alunan zikir Asmaul Husna, diikuti dengan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah. Acara tahunan ini menampilkan semua barisan kepimpinan pelajar SAMBBST yang terdiri daripada Majlis Pimpinan Pelajar (MPP), Badan Pengawas Sekolah (BPS), Pengawas Media/Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Majlis Ketua Tingkatan (MKT). Majlis ikrar ini diketuai oleh Saudara Muhammad Ismul Azzam bin Hazle, selaku Presiden MPP 2010/2011, merangkap Ketua Umum.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada ketua-ketua setiap badan pimpinan sekolah. Bermula dengan Saudara Muhammad Ismul Azzam bin Hazle, Presiden MPP, diikuti dengan Saudara Muhammad Irfan Fahmi bin Eadil, selaku Ketua BPS. Seterusnya, Saudara Amirul Azizi bin Amer, sebagai Ketua PRS, kemudiannya Saudari Taqiah Hani binti Mohd. Idris merangkap Ketua PSS, dan yang terakhir sekali, Ketua MKT, Saudara Mohd. Amirul Aizat bin Mahpop.

Dalam majlis itu, para pimpinan pelajar telah berikrar agar sentiasa komited dalam menjalankan tugas. Bertanggungjawab dalam menunaikan amanah yang diberikan oleh pihak sekolah, iaitu kepimpinan sekolah dan juga amanah yang diberikan oleh kedua ibu bapa, iaitu dengan menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Tidak lupa juga janji agar sentiasa berusaha menjadi pelajar dan khalifah Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat jua. Di samping menghormati rakan-rakan seperjuangan, guru-guru dan kakitangan sekolah, saf qiyadah juga berikrar akan menyayangi sekolah dan memberikan teladan yang baik kepada para pelajar. Berbekalkan semangat Wihdatul Fikrah Pemangkin Ukhuwwah, semoga para pimpinan juga mempunyai kesatuan pemikiran yang mantap dan padu untuk terus memacu kecemerlangan dan melakar kejayaan demi kejayaan di bumi barakah SAMBBST.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...