Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Saturday, February 04, 2012

Cinta Rasulullah Terhadap Umat Baginda

12 Rabiu'l Awal . Assalamualaikum

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

Salam Maulidir Rasul untuk junjungan Baginda s.a.w. Sempena Maulidur Rasul malam ini , penulis ingin berkongsi kisah cinta antara Baginda dengan kita .

Cerita ini penulis hanya copy , paste . Maaf , penulis tidak pandai mengarang . :)

Kisah Cinta yang pertama , rindu Baginda terhadapa kita ; umat akhir zaman

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.


Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.


"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

[ Sumber ; IluvIslam.Com ]

Kisah Cinta yang kedua , cinta terhadap umat Baginda

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

[ Sumber ; IluvIslam.Com ]

Berdasarkan kedua-dua kisah di atas ,

Sebanyak mana kita mencintai Rasulullah sepertimana Rasulullah mendintai kita ?

Sebanyak mana kita merindui Rasulullah sepertimana Rasulullah merindui kita ?

Adakah kita hanya berselawat keatas Baginda haya pada Maulidur Rasul sahaja ?

Adakah kita hanya berkata " aku cinta Rasulullah" , tapi sebanyak mana kita mengikuti sunnahnya ?

Sebanyak mana kita mengetahui tentang kehidupan Baginda ketika Baginda masih hidup ? ketika Baginda berjuang bermati-matian menegakkan agama ? kita ?

Renung-renungkanlah saudara-saudariku , sebarkanlah apa yang Rasulullah perjuangkan sebelum ini walaupun satu ayat .


Wallahu'alam .

Friday, March 18, 2011

Genius Islam Sepanjang Zaman

1. Abulcasis (Abul Qasim Al-Zahrawi) - Lahir pada 1013 di Cordova. Bukunya mengenai pmbedahan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan ditelaah hingga beberapa kurun.

ABUL QASIM

2. Ibnu al-Baytar - Meninggal dunia pada 1248. Ahli botani dan farmasi berbangsa Arab. Menulis Matera Medica yang digunakan selama 500 tahun di universiti-universiti di Eropah.

IBN AL-BAYTAR

3. Al-Hazen (Ibnu al-Haitham) - Dilahirkan pada 965 di Basrah. Meninggal dunia pada 1039. Tabib mata berbangsa Arab. Beliau juga merupakan ahli matematik, astronomi, falsafah, optik dan perubatan.

IBN AL-HAITHAM


4. Avenzoar (Ibn Zuhr) - Dilahirkan pada 1091 di Seville, Sepanyol. Meninggal dunia pada 1162. Beliau merupakan seorang ahli perubatan yang menentang keras tahyul dan khurafat. Beliau mengajar Ibnu Rushd.

IBN ZUHR

5. Avicenna (Ibnu Sina) - Dilahirkan pada 980 berdekatan Bukhara dan belajar di sana. Meninggal dunia pada tahun 1037. Beliau menulis kira-kira 100 buah buku yang terulung, antaranya ialah Al-Qanun (Canon) - kitab perubatan yang bernilai tinggi. Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Gerard of Cremona pada kurun ke-12 dan kemudiannya ke beberapa bahasa lain.

IBN SINA

6. Rhazes (Al-Razi) - Dilahirkan pada 850 di Ray, Parsi. Meniggal dunia pada 923. Beliau merupakan ketua ahli perubatan di Hotel Baghdad. Menulis lebih 140 buku perubatan termasuk Continues (Al-Hawi) dalam 10 jilid, dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin pada 1485. Buku ini memberi impak besar kepada sains perubatan pada zaman pertengahan.

AL-RAZI

7. Averroes (Ibnu Rushd) - Dilahirkan pada 1126 di Cordova (Qurtubah). Meninggal dunia pada 1198. Merupakan ahli falsafah berbangsa Arab-Sepanyol. Menulis mengenai astronomi, sastera dan perubatan.

IBN RUSHD

8. Ibnu Nafis - Ketua Hospital Qalawan di Kaherah. Belajar dan meninggal dunia di Damsyik pada 1288. Menulis Syarh Tasyrih Al-Qanun (Penerangan Kepada Al-Qanun).

IBN NAFIS

9. Hunayn Ibn Ishaq - Dilahirkan pada 809 dan meninggal dunia pada 877. Menulis mengenai mata, kemudian dikaji oleh Max Meyerhof pada tahun 1928.

10. Geber (Jabir Ibn Hayyan) - Dilahirkan pada 780. Seorang ahli Alchemy dan bapa ilmu kimia berbangsa Arab. Menulis kira-kira 100 buah buku yang telah mempengaruhi ilmu Kimia Eropah. Ia menulis mengenai pengeluwapan, penapisan, penghabluran, penyulingan, dan pemejalwapan. Banyak daripada usahanya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin.

AL-JABIR

11. Haly Rodoam (Ali bin Ridwan) - Dilahirkan pada 1067 dan berasal dari Kaherah, Mesir. Menulis tentang topografi perubatan Mesir. 

12. Al-Kindi - Dilahirkan pada kurun ke-9 di Kufah. Beliau telah menulis sebanyak 265 buah buku, 15 dalam bidang meteorologi, optik, pasang surut, dan lain-lain.

AL-KINDI

13. Muhammad, Ahmad & Hassan - Anak kepada Musa Shaker (860M), menulis buku tentang bekas-bekas air panas dan sejuk, perigi air yang berparas tetap, kenaikan paras air, tayar air, jam air dan lain-lain.

14. Al-Asmai` - Berasal dari Basrah, dilahirkan pada 740 dan meninggal dunia pada 828. Diarahkan oleh Khalifah Harun Al-Rashid untuk mendidik anaknya, Al-Amin. Beliau menulis beberapa keterangan tentang kuda, unta, binatang-binatang buas, tumbuh-tumbuhan dan kejadian manusia.

15. Avempace (Ibnu Bajah) - Dilahirkan di Saragossa, Sepanyol dan meninggal dunia pada 1138. Beliau menulis buku mengenai astronomi, perubatan dan psikologi.

IBN BAJAH
  

Saturday, December 11, 2010

Muhammad Al-Hafiz - Model Remaja Hadhari

K
emerduan suaranya tatkala mengalunkan kalam suci al-Quran mampu menggamit jiwa setiap pendengar. Dalam usia belasan tahun, beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah dinobatkan sebagai Johan Bacaan Terbaik dalam Majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 pada bulan September dua tahun yang lalu. Begitulah yang dapat diungkap bagi menggambarkan kehebatan remaja yang diberi nama Muhammad bin Ahmad Zahid ini.

MUHAMMAD AL-HAFIZ
   Sedari usianya tujuh tahun, Muhammad telah menceburi bidang hafazan al-Quran. Dididik dalam suasana budaya mencintai masjid serta membesar dalam keluarga mithali, anak kepada pasangan Ahmad Zahid dan Dr. Siti Khadijah ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran sewaktu usia 10 tahun. Beliau pernah menuntut di Institut Al-Quran Kuala Lumpur, Massasah Darul Furqan Bangsar,  dan Maahad Tahfiz Al-Azhariyyah Shah Alam. Anak sulung daripada lima adik-beradik ini pernah mendapat tunjuk ajar secara intensif daripada Allahyarham Syeikh Hussain dari Myanmar di Petaling Jaya. Beliau juga menerima pendidikan di Darul Hikmah , Ampang, Selangor. Selain mengulang kaji hafazan al-Quran sekurang-kurangnya lima juzuk sehari, beliau juga mengikuti pengajian kelas formal, di samping turut ke kelas tuisyen matematik dan komputer pada hari-hari tertentu.

   Seiring dengan transisi diri yang menjengah ke alam remaja, Muhammad percaya tahfiz al-Quran mampu memelihara diri seseorang daripada melakukan kemaksiatan seterusnya menjadi insan berkualiti. Kata beliau, apabila kita menjaga hafazan al-Quran dalam dada, kita akan membawa imej kecemerlangan ke mana-mana kerana al-Quran itu sendiri adalah kunci dan puncak kecemerlangan.

   Melihat kepada dirinya yang mampu menjadi teladan generasi baharu, JAKIM dengan rasminya mengambil beliau sebagai anak angkat jabatan kerajaan tersebut. Beliau yang memegang prinsip ikhlas, rajin mengulang kaji hafazan dan berdisiplin untuk kekal sebagai hafiz al-Quran yang berjaya berharap dengan peluang sebagai anak angkat JAKIM akan mempermudah saya berdakwah dan belajar dengan para ulama melalui saluran JAKIM.

   Selain itu, Muhammad berkebolehan membawa bacaan lebih 10 imam atau qari seperti Imam Sudais, Imam Syraim, dan Khalil Hasary. Beliau pernah diberi penghormatan menjadi qari jemputan pada Majlis Penyampaian Anugerah kepada para graduan lepasan universiti di hadapan tetamu kehormat Mahkota Kerajaan Dubai, Sheikh Mohammad bin Rashid al-Makhtoum di Burj, Dubai. Selain telah menghafal pelbagai kitab hadis Matan di kala usia sembilan tahun, anak berbakat besar ini turut giat mengeluarkan cakera padat yang merakamkan bacaan ayat-ayat al-Quran.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...