Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Islam Secara Menyeluruh

Kita amat arif dengan peristiwa yang menggemparkan Malaysia tidak lama sebelum ini, yakni kisah pembatalan konsert Erykah Badu kerana dikatakan dia pernah mentatu dirinya dengan nama Allah&Rasulullah SAW. Walaupun selepas itu diperdebatkan sama ada itu hanyalah body paint atau sebagainya, namun jelas dia pernah mempunyai kalimah itu pada tubuhnya.

Walau apa pun kebenarannya, yang menarik perhatian ketika itu adalah Erykah Badu sendiri menulis di twitter beliau – I deserved it. Sedang ramai selebriti Malaysia memarahi mentaliti masyarakat yang membesar-besarkan isu tersebut hingga terbatal konsert seorang Erykah Badu.

Apa-apa pun, itu menunjukkan betapa sensitifnya masyarakat apabila kalimah Allah, Rasulullah SAW, diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya. Hingga terbatal sebuah konsert.

Saya tidak menyatakan itu tidak baik. Pada saya ianya bagus kerana sensitiviti menjaga nama baik Allah dan Rasulullah adalah satu perkara yang nyata positif.

Tetapi saya mendapat berita hari ini, Girls Generation, satu kumpulan Kpop wanita dari Korea, telah berjaya menjalankan konsert di KLCC, pada 23hb Mac 2012, dihadiri ramai hadirin, ada daripadanya adalah dari kalangan masyarakat melayu kita sendiri.

Bagaimanakah ini?

Kumpulan Itu Jelas Tidak Berpakaian Sopan.

Bila kita lihat semula kumpulan Girls Generation ini, sebagaimana yang akhbar sendiri paparkan, nyata membuat persembahan di Malaysia dengan mengenakan pakaian putih dan berskirt pendek mendedahkan peha.

Ya. Jelas itu bukanlah satu etika kesopanan bagi rakyat melayu, dan nyata terkeluar dari adab-adab Islam. Belum dikira mereka memakai baju yang agak kecil menampakkan bentuk tubuh. Nyatanya, tidak menutup aurat.

Kemudian bergerak-gerak membuat persembahan, yang saya yakin walau tidak bertujuan lucah, pastinya akan tetap mencucuk jiwa-jiwa yang memandang.

Tetapi 1001 kehairanan bagaimana kumpulan sebegini, dibenarkan membuat persembahan di negara kita?

Sensitiviti Pada Beberapa Tempat, Dan Membuangnya Pada Beberapa Tempat Yang Lain.

Di manakah kurangnya ‘efek’ yang dibawa oleh Girls Generation, dibandingkan dengan Erykah Badu?

Sebenarnya secara peribadi, semasa saya melihat gambar Erykah Badu yang didedahkan mempunyai tatu Allah&Rasulullah itu, saya nyata tidak peduli dengan tatu. Sebab jelas sebelum saya nampak tatu, saya sudah nampak bahu dan bahagian atas dadanya yang terdedah. Terus saya kata dalam hati, memang patut kena ban pun. Namun masyarakat bangkitkan isu tatu. Tidak mengapalah, mungkin sekadar ‘penambah sebab’ mengapa perlu dibatalkan konsertnya.

Tetapi apabila saya melihat Girls Generation berjaya membuat persembahan di KLCC, saya mula tertanya-tanya. Apakah yang sebenarnya ditentang oleh masyarakat Islam Malaysia? 

Apakah yang sebenarnya masyarakat Islam Malaysia faham dalam isu ‘menjaga agama’?

Kita hanya sensitif apabila nama Allah&Rasulullah diletak pada tempat yang salah oleh seorang yang bukan Islam, tetapi kita tidak sensitif dengan pembukaan aurat secara terbuka? 

Bahkan, dilakukan oleh perempuan, yang nyata sepatutnya dalam masyarakat melayu Islam Malaysia kita, dijaga adab sopannya lebih dari lelaki!

Jadi, di mana sebenarnya letak sensitiviti kita?

Hanya pada kalimah Allah&Muhammad?

Bukan pada Islam keseluruhannya?

Biasa Dengan Dosa.

Kita amat arif dengan kisah selebriti di Malaysia. Rata-ratanya tidak menutup aurat. Belum dikira dengan yang terlebih seksi, dan belum lagi kita hitung dengan semberono sahaja bercakap berkenaan agama dan hukum Islam. Belum juga kita hitung drama-drama, filem-filem yang jelas tidak membantu perkembangan Islam dan kefahamannya dalam masyarakat, bahkan sangat-sangat mendorong untuk membuatkan masyarakat jauh dari kefahaman Islam yang sebenar.

Ya. Sudah berapa tahun kita di’biasa’kan dengan perkara sebegini?

Hari-hari buka TV, kita di’dodoi’ oleh selebriti sebegini.

Hari-hari dengar radio, kita di’isi’ oleh seleberiti sebegini.

Sudah berapa tahun?

Perlahan-lahan kita rasa: “Ala, tak tutup aurat je pun.”

Nah. Kita sudah terbiasa dengan dosa! Itu baru kita. Bayangkan anak-anak kita, adik-adik kita yang masih kecil, yang akan membesar dengan suasana ini. Kalau kita boleh redha dengan perkara seperti tidak menutup aurat, jangan terkejut generasi hadapan boleh redha dengan aksi ranjang!

Lihatlah keredhaan kita terhadap persembahan Girls Generation.

Ini adalah hasil keredhaan kita selama ini terhadap keadaan hiburan di Malaysia selama ini.

Islam itu perlu diambil secara total.

Bukanlah kalimah Allah&Muhammad sahaja kita perlu pertahankan. Itu adalah sebahagian dari kemuliaan Islam. Benar.

Tetapi kita perlu ambil Islam secara total. Maka jiwa orang mukmin, orang Islam, turut perlu dijaga. Sekiranya ada ism-ism yang mahu merosakkan tali perhubungan antara jiwa seorang muslim dengan Allah SWT, maka kita wajib juga mempertahankannya.

Kerana itu kita tidak boleh redha dengan perkara yang jelas keluar daripada nilai Islam sebegini. Baik dari artis luar negara, mahupun artis tempatan itu sendiri. Bukan sekadar membantah persembahan-persembahan mereka apabila mendedahkan aurat sedemikian rupa, kita sendiri patut membantah perkara-perkara ini dari menjengah dalam kehidupan kita!

Kalau mahu kata mesej, maka apa mesej yang mereka bawa?

Jika benar bermesej, maka ambil mesejnya sahaja. Mengapa mesti mendewa-dewakan selebritinya, hingga membenarkan kemungkaran menjengah kehidupan kita?

Tidak saya kata kita perlu cemuh dan perlu hina mereka. Saya bukan berbicara akan keburukan Erykah Badu, Girls Generation atau artis tempatan. Saya sedang bicara akan mentaliti kita. Saya sedang bicara akan di manakah sebenarnya sensitiviti kita terhadap Islam itu, kita letak?

Ini perlu kita lihat semula.

Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.

Dinyatakan selepas arahan mengambil Islam secara menyeluruh itu, larangan agar kita tidak mengikuti jejak langkah syaitan. Tidakkah kita memerhatikan? Memang syaitan akan menipu kita. Menyatakan ini tidak mengapa, begitu tidak mengapa. Hingga kita terkeluar dari kebenaran yang sebenarnya.

Kita sangka, kita menjaga nama Allah&Rasulullah SAW sahaja sudah mencukupi. Hakikatnya, kita perlu menjaga Islam ini secara total. Syaitan ini dia bijaksana. Jika tidak mampu ajak kita tinggalkan Islam, maka dia akan suruh kita berbuat baik yang kecil, dan mengajak kita merasa cukup dan berpuas hati hanya dengan kebaikan kita yang sebenarnya kecil dan tidak membawa makna itu!

Tidakkah kita menyedari?

Penutup: Marilah Kita Kembali Kepada Sensitiviti Yang Sebenar.

Pada saya, jika benar kita ada sensitiviti yang betul, kita akan tolak semua kemungkaran ini. Baik datangnya dari eropah, dari africa, dari Korea&Jepun, hatta dari Malaysia sendiri. Kita akan tolak.

Maka tidaklah pula kita akan menjadi fitnah para non-muslim yang memandang aksi masyarakat muslim Malaysia. Erykah Badu kita tolak, Girls Generation kita terima, bahkan artis muslim/muslimah kita sendiri tidak ubah seperti mereka! Maka apa kehormatan non-muslim mahu berikan kepada kita?

Kerana itu tidakkah kita rasa sudah cukup mendengar kenyataan para muallaf:

“Saya bersyukur mengenali Islam dahulu dari orang Islam.”

“Kalau nak diikutkan rakan-rakan Muslim saya, mungkin saya sampai hari ini tidak akan masuk Islam.”

Dan sebagainya.

Jelas, itu adalah indikasi betapa jauhnya kita dari kebenaran yang sebenarnya.

Maka marilah kita perbaiki sensitiviti ini.

Ambil Islam secara total.

Dan bergerak naik membina peribadi sejati.

Mari Menjadi Hamba!

( sumber; langitilahi )

Wednesday, March 14, 2012

Tudung

Assalam 'alaikum..

Post kali ni, penulis hanya ingin berkongsi satu video dengan pembaca. Harap bermanfaat. InsyaAllah..




Kalau diperhatikan, semakin ramai vlogger yang menghasilkan video berunsur dakwah seperti ini. Alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa di bawah peliharaan Allah s.w.t.

Amiin..

Saturday, February 04, 2012

Cinta Rasulullah Terhadap Umat Baginda

12 Rabiu'l Awal . Assalamualaikum

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

Salam Maulidir Rasul untuk junjungan Baginda s.a.w. Sempena Maulidur Rasul malam ini , penulis ingin berkongsi kisah cinta antara Baginda dengan kita .

Cerita ini penulis hanya copy , paste . Maaf , penulis tidak pandai mengarang . :)

Kisah Cinta yang pertama , rindu Baginda terhadapa kita ; umat akhir zaman

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.


Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.


"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

[ Sumber ; IluvIslam.Com ]

Kisah Cinta yang kedua , cinta terhadap umat Baginda

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

[ Sumber ; IluvIslam.Com ]

Berdasarkan kedua-dua kisah di atas ,

Sebanyak mana kita mencintai Rasulullah sepertimana Rasulullah mendintai kita ?

Sebanyak mana kita merindui Rasulullah sepertimana Rasulullah merindui kita ?

Adakah kita hanya berselawat keatas Baginda haya pada Maulidur Rasul sahaja ?

Adakah kita hanya berkata " aku cinta Rasulullah" , tapi sebanyak mana kita mengikuti sunnahnya ?

Sebanyak mana kita mengetahui tentang kehidupan Baginda ketika Baginda masih hidup ? ketika Baginda berjuang bermati-matian menegakkan agama ? kita ?

Renung-renungkanlah saudara-saudariku , sebarkanlah apa yang Rasulullah perjuangkan sebelum ini walaupun satu ayat .


Wallahu'alam .

Sunday, December 18, 2011

Monday, November 07, 2011

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali

Sama ada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn.
Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin.
REV OU YANG WEN FEN


Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran yang akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di dalam kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini.
Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini.
Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat bukan Muslim sahaja.
Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat bukan Muslim tetapi lebih kepada membanteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah.
Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia?
Sama ada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan.
Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini. Firman Allah;
“Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)
 Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu bapa, guru-guru, para ilmuwan, penguatkuasa undang-undang, agama dan kerajaan.
  • Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah SWT.
  • Kepada para ibu bapa, jagalah pembesaran dan pergaulan anak-anak anda.
  • Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda.
  • Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini.
  • Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini.
  • Kepada para ulama dan ilmuwan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai.
  • Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini.
  • Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan yang selanjutnya kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan.

Ya Allah, selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini!

Sunday, January 16, 2011

Bahaya Freemason Kepada Islam Dan Dunia


Apakah Freemason?
Freemason adalah satu organisasi rahsia yang bermula dari zaman Mesir Purba sehingga kini yang dianggotai oleh lelaki yang dipilih oleh mereka, bermakna keahlian hanya berdasarkan undangan sahaja. Mason bermakna tukang batu. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah penyambung generasi pembina Kuil King Solomon di Israel. Dikatakan mereka memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negatif, elemen penting dalam pemujaan. Di Malaysia, kononnya kelab kebajikan seperti Lions, Rotary Etc. adalah sebenarnya cabang Freemason. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa mereka ini sebenarnya meneruskan misi Knights Templar


Pangkat Dalam Freemason
Mereka ada pangkat-pangkat tertentu. Ada dua seksyen yang popular, Scottish Lodge dan American Lodge. Kesemuanya ada 33 pangkat. Tetapi, di Amerika cuma ada 32 peringkat, untuk ke peringkat 33, mereka harus diiktiraf di Scotland. Lihat sahaja lambang kerajaan Amerika, cuba kira berapa helai bulu pelepah burung itu pada kedua-dua kepaknya. Tetapi harus diingat, tidak semua ahli Freemason yang tahu bahawa mereka menganggotai satu persatuan yang amat berbahaya. Ini kerana cuma mereka yang berpangkat 31 hingga 33 (tertinggi) sahaja yang tahu tujuan dan motif sebenar kumpulan ini. Ada pendapat lain mengatakan bahawa ahli peringkat tertinggi harus menipu ahli peringkat bawahan dan dialih perhatian mereka dari kebenaran kumpulan itu kerana mereka masih mentah.


Kelayakan Keanggotaan
1. Bebas (bukan hamba sahaya)
2. Lelaki
3. Mempercayai Makhluk Agung sebagai pencipta, maknanya harus percaya pada kewujudan Tuhan (tetapi, Tuhan yang mana satu???)


Contoh Bangunan Freemason (Masonic Lodges)


Cawangan Johor

Jalan Tun Abdul Razak dari pandangan atas
Malacca Freemason School
Penang Freemason School
Cawangan Ipoh


Kenapa Mereka Merbahaya?
Ramai orang tidak tahu, mereka menyangka Freemason ini adalah kumpulan persaudaraan yang buat kebajikan di merata tempat. Itu adalah `smokescreen` bagi aktiviti sebenar mereka. 





 Inilah contoh Malaysian Freemason. Lihat pakaian pada gambar yang dibulatkan, itulah pakaian Luciferians, atau penyembah syaitan. Hanya ahli pada peringkat 31 dan ke atas sahaja yang tahu benda ini. Mereka terlibat dalam upacara penyembahan black magic atau devil summoningMereka juga adalah jurutera pada sejarah dunia itu sendiri. Mereka bijak, dengan meletakkan ahli-ahli mereka pada tempat-tempat strategik dalam kerajaan dan perniagaan. Mereka menjadi pemimpin dunia, bankers, ahli perniagaan dan sebagainya. Mereka memperjuangkan New World Order, satu cara hidup hedonistik yang mereka cuba terapkan pada kita semua, supaya kita lupakan Allah dan Rasulullah SAW. Contoh sudah banyak dapat kita lihat sekarang. Antara ahli-ahli Freemason yang terkenal adalah George Washington, Benjamin Franklin, Karl Marx, dan Charles Darwin.


Oleh itu, kita perlu berwaspada. Didik masyarakat kita, kerana masalah NWO ini bukan masalah Islam sahaja, tetapi masalah global.Mereka ini mensasarkan pada semua, bukan pada muslim sahaja untuk tunduk dan patuh pada syurga duniawi yang mereka cipta. Penentang pula akan mereka humban dalam neraka ciptaan mereka.

Sekarang kita sedang sibuk hal kegawatan ekonomi. Pernahkah anda terfikir bagaimana kegawatan ekonomi terjadi? Saya pernah bertanya seorang sahabat, penuntut jurusan ekonomi. Katanya, ia perkara biasa dalam pasaran, harga naik turun dan juga fenomena biasa. Bagi saya, nampak macam mengarut, sebab ekonomi bukan alam semulajadi, ada penentu dan ditentukan. Jadi, siapa atau apa penentunya?

Apabila ekonomi jatuh, ramai orang hilang kerja. Bank pula sekarang kononnya sudah murah hati nak bagi pinjaman punya bayaran balik extend etc. Ada juga yang perlu meminjam dari bank untuk survive. Lihat susur galur ini.



Kitalah yang paling bawah sekali (debt slaves)




Sudah terlalu banyak perkara yang melekakan kita, antaranya...

Torch api adalah lambang kepada Illuminati. Kadang-kadang rasa nak tergelak tengok orang kita terhincut-hincut bawa obor Olimpik semasa musim Olimpik, itu semua tradisi pagan. Torch itu asalnya sebagai pelengkap simbolik untuk menyembah Zeus, bukannya sebagai tanda permulaan Olimpik, dan Statue of Liberty itu sendiri adalah sebenarnya statue Isis, pagan god masyarakat Mesir Purba.


Antara sedar atau tidak, mereka sebenarnya telahpun mempromosikan Pyramid All Seeing Eye pada kita dan anak-anak kita.






Ingin membaca artikel ini yang selanjutnya? Nantikan `post` yang selanjutnya...
Para pengunjung boleh membaca artikel berkenaan Freemason ini di laman blog ini: http://waniethecockroach.blogspot.com/2010/07/bahaya-freemason-kepada-islam-dan-dunia.htmlArtikel ini hanya bertujuan untuk disebarkan dan dikongsikan bersama sahaja. Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Wallahua`lam...

Monday, November 22, 2010

Festival Fesyen `Islam` Apa Ini?


{ 4. The IFF main mission is to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race. It is also aimed at making Muslims to accept Islamic wear with a varied choice of styles. }

Petikan di atas diambil daripada teks ucapan penaung IFF ini di Monaco baru-baru ini. Menurut beliau, IFF diadakan supaya orang Islam boleh menerima pakaian Islam yang beraneka style (gaya). Style Islam apakah ini?


Lihat dan nilailah gambar di bawah:








Umat Islam khususnya di Malaysia mestilah berhati-hati dengan penganjuran Festival Fesyen 'Islam' seperti ini. Marilah kita bersama-sama membantah penganjuran Festival Fesyen 'Islam' ini!

***Untuk info : http://www.malaysiakini.com/news/145956 . Juga sertai Facebook Fanpage ini : http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-sila-minta-maaf-pada-umat-islam/163629210328599
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...