Showing posts with label Fikir Zikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir Zikir. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Islam Secara Menyeluruh

Kita amat arif dengan peristiwa yang menggemparkan Malaysia tidak lama sebelum ini, yakni kisah pembatalan konsert Erykah Badu kerana dikatakan dia pernah mentatu dirinya dengan nama Allah&Rasulullah SAW. Walaupun selepas itu diperdebatkan sama ada itu hanyalah body paint atau sebagainya, namun jelas dia pernah mempunyai kalimah itu pada tubuhnya.

Walau apa pun kebenarannya, yang menarik perhatian ketika itu adalah Erykah Badu sendiri menulis di twitter beliau – I deserved it. Sedang ramai selebriti Malaysia memarahi mentaliti masyarakat yang membesar-besarkan isu tersebut hingga terbatal konsert seorang Erykah Badu.

Apa-apa pun, itu menunjukkan betapa sensitifnya masyarakat apabila kalimah Allah, Rasulullah SAW, diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya. Hingga terbatal sebuah konsert.

Saya tidak menyatakan itu tidak baik. Pada saya ianya bagus kerana sensitiviti menjaga nama baik Allah dan Rasulullah adalah satu perkara yang nyata positif.

Tetapi saya mendapat berita hari ini, Girls Generation, satu kumpulan Kpop wanita dari Korea, telah berjaya menjalankan konsert di KLCC, pada 23hb Mac 2012, dihadiri ramai hadirin, ada daripadanya adalah dari kalangan masyarakat melayu kita sendiri.

Bagaimanakah ini?

Kumpulan Itu Jelas Tidak Berpakaian Sopan.

Bila kita lihat semula kumpulan Girls Generation ini, sebagaimana yang akhbar sendiri paparkan, nyata membuat persembahan di Malaysia dengan mengenakan pakaian putih dan berskirt pendek mendedahkan peha.

Ya. Jelas itu bukanlah satu etika kesopanan bagi rakyat melayu, dan nyata terkeluar dari adab-adab Islam. Belum dikira mereka memakai baju yang agak kecil menampakkan bentuk tubuh. Nyatanya, tidak menutup aurat.

Kemudian bergerak-gerak membuat persembahan, yang saya yakin walau tidak bertujuan lucah, pastinya akan tetap mencucuk jiwa-jiwa yang memandang.

Tetapi 1001 kehairanan bagaimana kumpulan sebegini, dibenarkan membuat persembahan di negara kita?

Sensitiviti Pada Beberapa Tempat, Dan Membuangnya Pada Beberapa Tempat Yang Lain.

Di manakah kurangnya ‘efek’ yang dibawa oleh Girls Generation, dibandingkan dengan Erykah Badu?

Sebenarnya secara peribadi, semasa saya melihat gambar Erykah Badu yang didedahkan mempunyai tatu Allah&Rasulullah itu, saya nyata tidak peduli dengan tatu. Sebab jelas sebelum saya nampak tatu, saya sudah nampak bahu dan bahagian atas dadanya yang terdedah. Terus saya kata dalam hati, memang patut kena ban pun. Namun masyarakat bangkitkan isu tatu. Tidak mengapalah, mungkin sekadar ‘penambah sebab’ mengapa perlu dibatalkan konsertnya.

Tetapi apabila saya melihat Girls Generation berjaya membuat persembahan di KLCC, saya mula tertanya-tanya. Apakah yang sebenarnya ditentang oleh masyarakat Islam Malaysia? 

Apakah yang sebenarnya masyarakat Islam Malaysia faham dalam isu ‘menjaga agama’?

Kita hanya sensitif apabila nama Allah&Rasulullah diletak pada tempat yang salah oleh seorang yang bukan Islam, tetapi kita tidak sensitif dengan pembukaan aurat secara terbuka? 

Bahkan, dilakukan oleh perempuan, yang nyata sepatutnya dalam masyarakat melayu Islam Malaysia kita, dijaga adab sopannya lebih dari lelaki!

Jadi, di mana sebenarnya letak sensitiviti kita?

Hanya pada kalimah Allah&Muhammad?

Bukan pada Islam keseluruhannya?

Biasa Dengan Dosa.

Kita amat arif dengan kisah selebriti di Malaysia. Rata-ratanya tidak menutup aurat. Belum dikira dengan yang terlebih seksi, dan belum lagi kita hitung dengan semberono sahaja bercakap berkenaan agama dan hukum Islam. Belum juga kita hitung drama-drama, filem-filem yang jelas tidak membantu perkembangan Islam dan kefahamannya dalam masyarakat, bahkan sangat-sangat mendorong untuk membuatkan masyarakat jauh dari kefahaman Islam yang sebenar.

Ya. Sudah berapa tahun kita di’biasa’kan dengan perkara sebegini?

Hari-hari buka TV, kita di’dodoi’ oleh selebriti sebegini.

Hari-hari dengar radio, kita di’isi’ oleh seleberiti sebegini.

Sudah berapa tahun?

Perlahan-lahan kita rasa: “Ala, tak tutup aurat je pun.”

Nah. Kita sudah terbiasa dengan dosa! Itu baru kita. Bayangkan anak-anak kita, adik-adik kita yang masih kecil, yang akan membesar dengan suasana ini. Kalau kita boleh redha dengan perkara seperti tidak menutup aurat, jangan terkejut generasi hadapan boleh redha dengan aksi ranjang!

Lihatlah keredhaan kita terhadap persembahan Girls Generation.

Ini adalah hasil keredhaan kita selama ini terhadap keadaan hiburan di Malaysia selama ini.

Islam itu perlu diambil secara total.

Bukanlah kalimah Allah&Muhammad sahaja kita perlu pertahankan. Itu adalah sebahagian dari kemuliaan Islam. Benar.

Tetapi kita perlu ambil Islam secara total. Maka jiwa orang mukmin, orang Islam, turut perlu dijaga. Sekiranya ada ism-ism yang mahu merosakkan tali perhubungan antara jiwa seorang muslim dengan Allah SWT, maka kita wajib juga mempertahankannya.

Kerana itu kita tidak boleh redha dengan perkara yang jelas keluar daripada nilai Islam sebegini. Baik dari artis luar negara, mahupun artis tempatan itu sendiri. Bukan sekadar membantah persembahan-persembahan mereka apabila mendedahkan aurat sedemikian rupa, kita sendiri patut membantah perkara-perkara ini dari menjengah dalam kehidupan kita!

Kalau mahu kata mesej, maka apa mesej yang mereka bawa?

Jika benar bermesej, maka ambil mesejnya sahaja. Mengapa mesti mendewa-dewakan selebritinya, hingga membenarkan kemungkaran menjengah kehidupan kita?

Tidak saya kata kita perlu cemuh dan perlu hina mereka. Saya bukan berbicara akan keburukan Erykah Badu, Girls Generation atau artis tempatan. Saya sedang bicara akan mentaliti kita. Saya sedang bicara akan di manakah sebenarnya sensitiviti kita terhadap Islam itu, kita letak?

Ini perlu kita lihat semula.

Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.

Dinyatakan selepas arahan mengambil Islam secara menyeluruh itu, larangan agar kita tidak mengikuti jejak langkah syaitan. Tidakkah kita memerhatikan? Memang syaitan akan menipu kita. Menyatakan ini tidak mengapa, begitu tidak mengapa. Hingga kita terkeluar dari kebenaran yang sebenarnya.

Kita sangka, kita menjaga nama Allah&Rasulullah SAW sahaja sudah mencukupi. Hakikatnya, kita perlu menjaga Islam ini secara total. Syaitan ini dia bijaksana. Jika tidak mampu ajak kita tinggalkan Islam, maka dia akan suruh kita berbuat baik yang kecil, dan mengajak kita merasa cukup dan berpuas hati hanya dengan kebaikan kita yang sebenarnya kecil dan tidak membawa makna itu!

Tidakkah kita menyedari?

Penutup: Marilah Kita Kembali Kepada Sensitiviti Yang Sebenar.

Pada saya, jika benar kita ada sensitiviti yang betul, kita akan tolak semua kemungkaran ini. Baik datangnya dari eropah, dari africa, dari Korea&Jepun, hatta dari Malaysia sendiri. Kita akan tolak.

Maka tidaklah pula kita akan menjadi fitnah para non-muslim yang memandang aksi masyarakat muslim Malaysia. Erykah Badu kita tolak, Girls Generation kita terima, bahkan artis muslim/muslimah kita sendiri tidak ubah seperti mereka! Maka apa kehormatan non-muslim mahu berikan kepada kita?

Kerana itu tidakkah kita rasa sudah cukup mendengar kenyataan para muallaf:

“Saya bersyukur mengenali Islam dahulu dari orang Islam.”

“Kalau nak diikutkan rakan-rakan Muslim saya, mungkin saya sampai hari ini tidak akan masuk Islam.”

Dan sebagainya.

Jelas, itu adalah indikasi betapa jauhnya kita dari kebenaran yang sebenarnya.

Maka marilah kita perbaiki sensitiviti ini.

Ambil Islam secara total.

Dan bergerak naik membina peribadi sejati.

Mari Menjadi Hamba!

( sumber; langitilahi )

Sunday, June 05, 2011

Di Mana Peranan Pelajar Sekolah Agama Dalam Masyarakat?

Melihat situasi masyarakat pada masa kini menyebabkan kita dilanda satu kebimbangan, masalah sosial yang kelihatan semakin membarah ini kelihatan tiada kesudahan. Zina, pembuangan bayi, minum arak, dan banyak lagi perilaku yang sama sekali bertentangan dengan Islam, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang Islam yang hanya meletakan Islam tidak lebih daripada nama.

Segala permasalahan yang berlaku dilihat berpunca dari kurangnya didikan agama dalam masyarakat. Dewasa ini masyarakat kelihatan makin jauh dengan Islam, akibatnya suasana Islam hilang dalam masyarakat. Apabila Islam tiada yang menggantikannya sudah tentulah jahiliyyah, bila jahiliyyah ini meresap dalam masyarakat maka kita akan dapat lihat satu kehancuran institusi kemasyarakatan sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.

Penubuhan sekolah agama seluruh negara dilihat sebagai satu cara yang berkesan bagi membanteras gejala yang membarah dalam masyarakat kini. Penubuhan ini sepatutnya memberi satu impak kepada masyarakat dalam mengatasi masalah yang meruncing pada zaman sekarang. Hal ini adalah kerana dengan tertubuhnya sekolah agama akan lahir generasi yang faham akan agama dan sekali gus menyebarkan agama ke dalam masyarakat, dan membetulkan segala kepincangan dalam masyarakat.

Kelahiran sekolah agama juga dilihat dapat melahirkan pejuang agama yang hidupnya untuk menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Pembentukan dan pentarbiyyahan amilin-amilin yang berkhidmat untuk gerakan Islam seharusnya berlaku di sekolah-sekolah agama. Kerana disini, pelajarnya dididik dengan sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem yang ada di negara kita, yang mana sistem yang berteraskan Islam ini dilihat sebagai satu medium pendidikan yang mencangkupi pelbagai aspek.

Persoalannya sekarang adalah, adakah pelajar-pelajar ini betul-betul memainkan peranan sebagai seorang yang mempunyai ilmu ataupun memainkan peranan sebagai seorang da’ie. Yang mana bertanggungjawab dalam membentuk suasana yang harmoni dalam masyarakat di samping merobohkan jahiliyyah dalam masyarakat. Harus ditekankan bahawa Islam itu tidak berdiri seiring dengan jahiliyyah tetapi islam itu bersifat inqilabiyyah iaitu berdiri di atas keruntuhan jahiliyyah.

Amar ma’ruf dan nahi mungkar sepatutnya menjadi agenda utama dalam kehidupan seorang yang belajar agama. Kerana seseorang yang mendalami agama sepatutnya memahami hakikat ini. Sebagaimana kata Saidina Ali R.A., sesiapa yang menyebut 'Lailahaillallah' maka dia seorang pendakwah. Setiap Muslim harus sedar akan tanggungjawab sebagai seorang da’ie. Kerana Islam itu bukannya untuk disimpan untuk diri sendiri, ianya perlu disebarkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Yang mana Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam tu sendiri.




Sedarkah kita segala maksiat yang berlaku di sekeliling kita akan dipertanggungjawabkan kepada kita di akhirat nanti yang mana setiap yang berlaku tetapi tidak diendahkan kita Allah akan bertanya tentang apakah tindakan kita. Malahan setiap bala yang turun tidak dikhususkan kepada seseorang tetapi akan ditimpakan kepada sesuatu kaum. Islam meletakkan dakwah sebagai satu perkara yang cukup penting dalam setiap muslim, sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 110 yang bermaksud “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Sebagai pelajar sekolah agama kita harus sedar bahawa apa yang kita belajar perlu dipraktikkan dan disampaikan kepada masyarakat demi membetulkan segala kepincangan yang berlaku. Ini juga dikira sebagai jihad yang mana andai kita gugur dalam jalan ini Allah menjanjikan syahid.


*** inqilabiyyah = merupakan ciri-ciri khusus Islam yang keenam, yakni tidak akan tertegaknya Islam seandainya jahiliyyah bermaharajalela dan tidak dihapuskan secara total.

Sunday, January 30, 2011

Edisi Bedah Siasat...

K

alau di NTV7 , popular dengan Edisi Siasat dan programnya berunsurkan seperti siasatan pelbagai isu antaranya seperti laman web lucah dan pornografi, isu buang bayi, pil penguguran kandungan dan sebagainya.Isu-isu yang ditayangkan di layar sememangnya menarik dan saya berpendapat isu-isu ini akan menyebabkan masyrakat semakin 'alert ' dengan isu-isu semasa.
Itu cerita di NTV7.
Kalau di TV3 , namanya diubah sedikit kepada Aduan Rakyat, dan dihoskan oleh wartawan yang terkenal dengan peribahasanya iaitu Karam Singh Walia. Saya akui program Aduan Rakyat ini sebenarnya banyak menarik ramai pihak untuk menontonnya bahkan saya rasa rata-rata kawan sekelas saya ingat tagline Karam Singh Walia ' Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati tiada siapa yang tahu'.
Banyak perkara yang kita siasat dan kita cuba selongkar tetapi kita lupa walau kita hebat menyiasat macam Detective Conan sekalipun, jika kita gagal tangani akarnya, kita takkan berhenti dari terus menyiasat.
Anda tahu apa 'akar' yang saya maksudkan? jom dengar saya bercerita.
Jika pokok organ terpentingnya adalah akar, jadi jika akar tidak berfungsi untuk menyerap air, maka pokok itu semakin layu dan akhirnya mati.
Begitu jua kita, organ yang penting sekali adalah hati. Jika hati bersih, inshAllah semuanya segalanya bersih , putih berseri mengalahkan gigi iklan colgate.
Fahamkan maksud saya? Itulah yang dikatakan akar hati.
Ini bertepatan dengan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : hati itu umpama raja sedangkan anggota badannya adalah tentera . Andai teruk tampuk pemerintahan raja itu maka teruklah anggota tenteranya.
Apa kaitan dengan akar hati dan edisi bedah siasat yang sedang saya cuba coretkan kali ini?
Ya, banyak episod edisi siasat yang cuba digembar-gemburkan media massa, tetapi pada saya, kalau kita 'bedah siasat al-quran' semua masalah dan isu akan selesai.
Kenapa ya?
Kerana ramai antara kita pada hari ini, membaca al-quran, tetapi lupa untuk menghayati maksud dan memahami ayat-ayat yang penuh indah itu.
Kerana itu juga ramai yang membaca al-quran, tetapi hatinya masih tidak diselimuti ketenangan.
Dahulu, sewaktu dikelas, saya teringat kata-kata ustaz , 'kalau kita hendak berkomunikasi dengan Allah ialah melalui solat, kita bercerita dengannya dan Dia akan menjadi pendengar paling setia tanpa tercicir apa-apa pun, tetapi kalau nak Allah berkomunikasi dengan kita, bacalah al-quran. Allah banyak mengajar kita apa yang kita perlu buat, dan apa yang patut kita tinggalkan. Bak kata orang putih, the DO's and the Don'ts''.
Bila al-quran itu as a guidance in our life, inshAllah kita tak tersilap arah jalan. Andai tersesat sekalipun , kita akan rujuk balik pada al-quran.
Jadi, episod bedah siasat yang saya sarankan, kita baca al-quran, kita fahami, kita hayati, cuba serapkan dalam jiwa dan amalkan dengan mulut,tangan,kaki dan sebagainya supaya anggota ini dapat menjadi saksi kita telah beribadah pada Allah di hari akhirat kelak.
Saya nak tanya satu soalan bonus, siapa sayang umi dan abah masing-masing?
Kalau kata sayang, cuba hayati hadis ini:
''Barangsiapa membaca al-quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya maka kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan dan sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini (HR- Abu Daud & Ahmad)''.
Jom bedah siasat quran selalu, moga ibu bapa kita dipakaikan mahkota, kubur kita akan dilapangkan kelak dan tika di hari pengadilan, dapat menjadi syafaat untuk kita. Amin...

Wednesday, December 29, 2010

Kenali Karakter Bulan Kelahiran Anda!

S
etiap manusia dilahirkan berbeza-beza karakter, sikap, tabiat, perangai dan tingkah-laku. Pokoknya, semua manusia diciptakan oleh Allah SWT mempunyai kehebatan yang tersendiri, tetapi kehebatan yang dimiliki setiap orang semestinya berbeza sekali. Dalam artikel kali ini memaparkan sedikit sebanyak karakter atau personaliti mengikut bulan kelahiran. Untuk pengatahuan semua, artikel yang dipaparkan ini merupakan kajian oleh Dato` Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Mana-mana yang positif, kita asahnya lebih baik lagi, dan mana yang buruk, tidaklah sama sekali berniat untuk membuka pekung di dada, tetapi, untuk memperbaiki diri dengan lebih baik pada masa akan datang. Ayuh, kenali karakter diri kamu!

JANUARI 
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius 

* Suka mendidik dan dididik 
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik 
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 
* Suka smart, kemas dan teratur 
* Bersifat sensitif, berfikiran mendalam 
* Pandai mengambil hati orang lain 
* Pendiam kecuali telah dirangsang 
* Agak pemalu 
* Daya tumpuan yang sangat tinggi 
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri 
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya 
* Cukup sayang pada kanak-kanak 
* Suka duduk di rumah 
* Setia pada segala-galanya 
* Perlu belajar kemahiran sosial 
* Cukup cemburu yang sangat tinggi 



FEBRUARI 
* Berfikiran abstrak 

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak 
* Intelligent, bijak dan genius 
* Berpersonaliti yang mudah berubah 
* Mudah menawan orang lain 
* Agak pendiam, pemalu dan rendah diri 
* Jujur dan setia pada segalanya 
* Keras hati untuk mencapai matlamat
* Tidak suka dikongkong 
* Mudah memberontak apabila dikongkong 
* Suka kegiatan yang lasak 
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
* Mudah mempamerkan marahnya 
* Tidak suka benda yang remeh-temeh 
* Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya 
* Sangat berani dan suka memberontak 
* Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
* Pemerhatian yang tajam 
* Suka hiburan dan sukan 
* Suka benda yang bersifat seni 
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran 
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul 
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros 
* Belajar untuk mempamerkan emosi




MAC 
* Berpersonaliti yang menarik dan menawan 

* Mudah didampingi 
* Sangat pemalu dan pemendam rasa 
* Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati 
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran 
* Suka pada kedamaian 
* Sangat peka kepada orang lain 
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
* Tidak cepat marah dan sangat amanah 
* Tahu balas budi dan tahu kenang budi 
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam 
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal 
* Suka berangan-angan 
* Suka melancong 
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi 
* Kelam kabut dalam memilih pasangan 
* Suka dengan hiasan rumahtangga 
* Punya bakat seni dalam bidang muzik 
* Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
* Jangan terlalu moody



APRIL 
* Sangat aktif dan dinamik 

* Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal 
* Sangat menarik dan pandai manjakan diri 
* Punya daya mental yang sangat kuat 
* Suka diberi perhatian 
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ). 
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang 
* Sangat berani dan tiada perasaan takut 
* Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah 
* Emosi cepat terusik
* Try control the emotion 
* Kecenderungan bersifat dendam
* Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan 
* Kuat daya ingatan 
* Gerak hati yang sangat kuat 
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain 
* Berpenyakit di sekitar kepala dan dada 
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu



MEI 
* Kekerasan hati & degil 

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi 
* Pemikiran yang tajam 
* Mudah marah apabila tidak dikawal 
* Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian 
* Perasaan yang amat mendalam 
* Cantik dari segi mental & fizikal
* Tidak perlu dimotivasikan 
* Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain 
* Mudah dipujuk 
* Bersikap sistematik (otak kiri) 
* Suka berangan 
* Kuat daya firasat memahami (apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu) 
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit 
* Daya khayalan yang tinggi 
* Pemikiran yang tajam 
* Pandai berdebat 
* Fizikal yang baik 
* Kelemahan sistem pernafasan 
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong 
* Tidak berapa suka duduk di rumah
* Tidak boleh duduk diam 
* Tidak punya ramai anak 
* Rajin dan bersemangat tinggi 
* Agak boros 


JUN 

* Berfikiran jauh & berwawasan 
* Mudah ditawan kerana sikap baik 
* Berperangai yang lemah lembut 
* Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood
* Idea yang terlalu banyak di kepala
* Bersikap sensitif 
* Otaknya aktif (sentiasa berfikir) 
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera 
* Bersikap suka menangguh-nangguh 
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik 
* Cepat marah & cepat sejuk 
* Suka bercakap & berdebat 
* Suka buat lawak & bergurau 
* Otaknya cerdas berangan-angan 
* Mudah berkawan & pandai berkawan 
* Orang yang sangat tertib 
* Pandai mempamerkan sikap 
* Mudah kecil hati 
* Mudah kena selsema 
* Suka berkemas 
* Cepat rasa bosan 
* Sikap terlalu memilih & cerewet 
* Kurang mempamerkan perasaan 
* Lambat nak sembuh apabila terluka hati 
* Suka kepada barang yang berjenama 
* Mudah menjadi eksekutif 
* Kedegilan yang tidak terkawal 
* Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya


JULAI 
* Sangat seronok didamping 

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki 
* Agak pendiam kecuali apabila diransang
* Ada harga dan maruah diri 
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan 
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus 
* Sangat menjaga hati orang lain 
* Sangat peramah 
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya 
* Berjiwa sentimental 
* Jarang berdendam 
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan 
* Tidak suka benda remeh-temeh 
* Membimbing cara fizikal dan mental 
* Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang 
* Layanan yang serupa dengan semua orang 
* Tinggi daya simpati 
* Pemerhatian yang tajam 
* Suka menilai orang lain dengan pemerhatian 
* Mudah dan rajin belajar 
* Suka muhasabah diri 
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama 
* Suka mendiamkan diri 
* Suka duduk di rumah 
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan 
* Tak agresif kecuali terpaksa 
* Lemah dari segi kesihatan perut 
* Mudah gemuk (kawal tak kawal diet) 
* Minta disayangi 
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih 
* Terlalu mengambil berat
* Rajin dalam membuat kerja 


OGOS 
* Suka berlawak 
* Mudah tertawan kepadanya 
* Sopan santun dan caring terhadap orang lain 
* Berani dan tidak tahu takut 
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan 
* Pandai pujuk orang lain 
* Terlalu pemurah & bersikap ego 
* Nilai harga diri yang sangat tinggi 
* Dahagakan pujian 
* Semangat juang yang luar biasa 
* Cepat marah & mudah mengamuk 
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan 
* Sangat cemburu 
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti 
* Cepat berfikir 
* Fikiran yang berdikari 
* Suka memimpin & dipimpin 
* Sifat suka berangan 
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat 
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk 
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit 
* Belajar untuk relax 
* Sikap kelam kabut 
* Romantik, pengasih & penyayang 
* Suka mencari kawan 




SEPTEMBER 
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur
* Sangat cermat, teliti & teratur 
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik 
* Pendiam tapi pandai bercakap 
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati 
* Sangat prihatin & terperinci, amanah, setia & jujur 
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna 
* Sangat sensitif yang tidak diketahui 
* Orang yang banyak berfikir 
* Daya pentaakulan yang baik 
* Otak bijak & mudah belajar 
* Suka mencari maklumat 
* Kawal diri dari terlalu mengkritik 
* Pandai mendorong diri sendiri 
* Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia 
* Suka sukan, hiburan & melancong 
* Kurang menunjukkan perasaannya
* Terluka hatinya sangat lama disimpan 
* Terlalu memilih pasangan 
* Sukakan benda yang luas 
* Bersistematik 



OKTOBER 
* Suka sembang 

* Suka orang yang sayang padanya 
* Suka ambil jalan tengah 
* Sangat menawan & sopan santun 
* Kecantikan luar & dalam
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura 
* Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan 
* Sentiasa berkawan 
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama 
* Cepat marah 
* Macam pentingkan diri sendiri 
* Tidak menolong orang kecuali diminta 
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri 
* Tidak suka terima pandangan orang lain 
* Emosi yang mudah terusik 
* Suka berangan & pandai bercakap 
* Emosi yang kelam kabut 
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) 
* Suka melancong, bidang sastera & seni 
* Pengasih, penyayang & lemah lembut 
* Romantik dalam percintaan 
* Mudah terusik hati & cemburu 
* Ambil berat tentang orang lain 
* Suka kegiatan luar 
* Orang yang adil 
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran 
* Mudah patah semangat 

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara 

* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya 
* Berfikiran ke hadapan 
* Berfikiran unik dan bijak 
* Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa 
* Pemikiran yang tajam 
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi 
* Bagus untuk jadi doktor 
* Cermat dan teliti 
* Personaliti dinamik 
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia 
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra 
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
* Terlalu degil dan keras hati apabila hendak
* Diusahakan sesuatu sehingga berjaya 
* Tak suka marah kecuali digugat 
* Mudah ambil berat terhadap orang lain 
* Pandai muhasabah diri 
* Cara berfikir lain dari orang lain 
* Otak yang sangat tajam 
* Pandai mendorong diri sendiri 
* Tidak hargai pujian 
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya 

* Badan yang "tough" (sasa) 
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam 
* Romantik 
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang 
* Suka duduk di rumah 
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia 
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi 
* Bercita-cita tinggi 
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 



DISEMBER 
* Sangat setia dan pemurah 

* Bersifat patriotik 
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan 
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa 
* Bercita-cita tinggi 
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi 
* Seronok didampingi 
* Suka bercampur dengan orang 
* Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai 
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
* Tidak pandai berpura-pura 
* Cepat marah 
* Perangai yang berubah-ubah 
* Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi 
* Benci pada kongkongan 
* Suka berlawak 
* Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...