Monday, November 22, 2010

Ukhti, Siapa Kata Kamu Tidak Cantik?

CANTIK....
Bagi sebahagian wanita, Beberapa orang mungkin mempunyai persepsi yang berbeza-beza tentang cantik.
Bahkan ada yang kata kalau cantik itu relatif. Itu benar.
Tapi di sini ada sebait puisi sebagai motivasi:

Menjadi wanita itu kehendak Tuhan
Menjadi cantik itu relatif
Menjadi muslimah itu anugerah
Tetapi menjadi muslimah yang sholehah itu PILIHAN !

---------------------------------------------------------


 Namun, seiring dengan maraknya produk-produk kecantikan di TV. Kita jadi terfikir kalau yang di sebut wanita cantik itu adalah yang seperti model di produk kecantikan tersebut. Berkulit putih, berhidung mancung, berbibir tipis, dan semua yang tampak pada si model.

Sehingga terciptalah imej, bahawa wanita yang berkulit gelap, hidungnya mancung ke dalam dan berbibir tebal itu adalah wanita yang jelek.

Ukhti, jika sekarang kamu merasa kalau wajahmu tidak cantik, cubalah pandang kembali wajahmu ke cermin. Lihatlah betapa Allah telah menyempurnakan bentuk wajahmu. Bayangkanlah jika seandainya Allah menciptakan lubang hidungmu bukan menghadap ke bawah, tapi ke depan. Bolehkah ukhti bayangkan apa yang terjadi jika ada lalat dan nyamuk yang terbang masuk ke dalam hidungmu. Atau jika Allah menciptakan lubang hidungmu menghadap ke atas, boleh dibayangkan jika musim hujan tiba, Ukhti.... Hidung kita akan menampung air hujan yang turun dari langit.

Atau bolehkah kamu bayangkan jika Allah menciptakan sepasang matamu ditaruh, dijidat atau telingamu hanya sebelah. Wah, bentuknya pasti menakutkan dan tidak keruan. Jangankan manusia yang melihatnya, hantu pun juga akan takut melihatnya... :)

Sungguh Maha Suci Allah atas semua ciptaan-Nya. Kerana Allah sendiri yang bersumpah dalam firman-Nya :

“ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. ” (QS. At-Tin: 4)

Sungguh, mudah bagi Allah menciptakan seluruh wanita di dunia ini dengan wajah yang cantik semuanya. Tapi dengan begitu, kita jadi sama. Tidak ada yang menjadi perbezaannya. Kita jadi sukar untuk mengenali jika wajah kita sama semua, Ukhti....

Allah ingin menciptakan keindahan di dunia ini, dengan banyak perbezaan di dalamnya....

Maka biarlah kita menjadi salah satu yang indah itu, Ukhti. Dengan segala perbezaan di antara kita....

Aku jadi teringat dialog salah seorang sahabatku dengan Mamanya beberapa tahun yang lalu.

“ Ma, kenapa hidung Lisa pesek? Tak macam kawan-kawan Lisa yang lain. Lisa nampak jelek. ”

Waktu itu Mamanya ketawa, dan berkata :


“ Lisa harus bersyukur kerana diberi hidung oleh Allah. Cuba bayangkan kalau Lisa tak diberi hidung oleh Allah? Siapa yang cakap kalau hidung pesek itu jelek? Buktinya banyak orang yang hidungnya mancung tapi kelihatan jelek. Sedangkan Lisa, walaupun pesek tapi cantik. Lisa anak Mama yang paling cantik.. ”

Tidak hairanlah kalau Mama kata Lisa adalah anaknya yang paling cantik kerana adik-adiknya semua lelaki...

Tapi waktu itu Lisa terasa melambung ke langit, kerana dipuji oleh Mama. Dan ketika Lisa menganjak dewasa, Lisa tahu Mamanya hanya ingin membuat Lisa merasa selalu bersyukur atas pemberian-Nya.

Ya Ukhti, syukur... Itulah perasaan yang harus kita miliki. Bukan perasaan murung dan sedih.

Bersyukurlah, kerana Allah menciptakanmu dengan sempurna. Bersyukurlah, kerana banyak yang telah Dia berikan padamu, pada kita. Bahkan jika kita cuba menghitung nikmat-Nya, tidak akan cukup waktu untuk kita menghitungnya.

Bersyukurlah Ukhti.... Seperti yang Dia katakan padamu :

“ Jika engkau bersyukur kepada-Ku, niscaya akan Ku tambah nikmat-Ku kepadamu. Namun jika engkau mengingkari nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku amat pedih. ” (QS. Ibrahim : 7)

Aku pun jadi teringat dengan ucapan salah seorang temanku beberapa waktu lalu,

“Aku ini jelek, pasti tidak ada lelaki  yang mahu menjadi suamiku.”

Tapi ternyata, 4 bulan selepas itu dia sudah menikah. Subhanallah...

MasyaAllah Ukhti....jika ada fikiran suudzon kepada Allah terlintas di dada dan otakmu tentang bentuk wajahmu, maka ingatlah kembali janji-Nya pada kita,

“ ....perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik..... ” (QS. An-Nur : 26)


Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, Ukhti....

Di ayat itu, Allah tidak berfirman kalau perempuan-perempuan yang cantik untuk lelaki-lelaki yang baik.

Bukan, Ukhti...bukan cantik....tapi baik!

Maka perbaikilah diri kita dengan akhlak Qur’ani, bukan malah mempercantikkan diri dengan make-up tebal seperti wanita-wanita jahiliyah di zaman Rasulullah dulu.

Percayalah, Ukhti..! Lelaki-lelaki itu datang bukan kerana kecantikan, kekayaan dan kepandaianmu.

Bukan, Ukhti...!!! Tapi kerana Allah lah yang menggerakkan hatinya untuk *mengkhitbahmu, untuk menyempurnakan setengah agama bersama-sama denganmu.


 Maka tunggulah janji Allah itu, kerana janji Allah pasti akan datang.

Kalaupun tidak di dunia ini, insyaAllah... Allah mempertemukanmu dengannya di alam yang abadi....alam yang tidak ada keburukan di dalamnya....hanya ada keindahan....
InsyaAllah....

Jadi, jangan merasa murung atau sedih jika ada yang mengatakan kalau wajahmu tidak cantik, Ukhti...

Kerana Allah yang menjamin, bahawa Dia telah menciptakanmu dengan sebaik-baik bentuk dan rupa.

Dan bila rasa sedih itu masih ada kerana seisi dunia menganggapmu bukanlah wanita yang cantik, dengarkanlah kembali firman-Nya yang dapat menenangkan hatimu....

“ Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati. Sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman. ” (QS. Ali ‘Imran : 139)

Percayalah, Ukhti.. Beratnya timbangan amalanmu di Hari Akhirat nanti tidaklah di tentukan dengan seberapa banyak orang di dunia ini yang menganggap kamu cantik. Tapi seberapa banyak orang di dunia ini yang menganggap kamu baik. InsyaAllah, mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah atas semua amal kebaikanmu....

InsyaAllah....

Untuk yang terakhir, izinkan aku mengutip salah satu kalimat dari sebuah buku yang pernah ku baca:

“ Semua bunga itu cantik. Tidak ada bunga yang tidak cantik, walaupun mekar dengan cara yang berbeza-beza. ”


Subhanallah, kita semua cantik, Ukhti!
Dan semoga, kita bukan hanya cantik, tapi juga baik.....
Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....


*mengkhitbah: melamar

***Artikel ini adalah terjemahan daripada luahan hati seorang muslimah berbangsa Indonesia.

(Rencana ini dipetik daripada laman sosial Facebook pada halaman Muslimah And Islam Are Beautiful)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...